Categories: Tips & Petua

Cara Buat Air Detox Untuk Kempis Perut, Guna Uncang Green Tea Je

Air detox masih menjadi amalan kebanyakan orang yang mahu menurunkan berat badan. Lebih lagi buat mereka yang mempunyai perut buncit.

Masalah perut buncit ini sering berlaku tak kira pada lelaki atau wanita. Perut buncit bukan saja membuatkan kita menjadi ‘malas’, malah proses memilih pakaian juga menjadi susah kerana pasti akan ‘sangkut’ pada bahagian perut.

Rupanya mudah saja cara menyediakan air detox untuk kempiskan perut ini. Hanya memerlukan beberapa bahan dapur yang sudah ada di dapur rumah.

Kalau nak tahu cara penyediaannya yang lengkap, ikuti perkongsian oleh Mas Aura di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Petua Hilangkan Batuk Guna 2 Bahan, Hanya Guna Limau Kasturi & Kicap

RESEPI AIR DETOX UNTUK KEMPISKAN PERUT

Bahan-bahan:

  • Green tea cap Boh 1 uncang
  • 1 sudu besar halba
  • Halia (boleh letak banyak mana yang mahu, lagi banyak lagi bagus)
  • 2 cawan air masak

Cara-cara penyediaan:

1. Satukan semua bahan iaitu uncang green tea, 1 sudu besar halba, halia dan 2 cawan air masak di dalam periuk. Rebus sehingga mendidih.

2. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan suam sebelum sedia untuk diminum. Boleh tambah sedikit madu jika suka. Selamat mencuba!

Info tambahan:

  • Lebih bagus jika diminum sebelum makan semasa perut kosong
  • Minum secara konsisten untuk menampakkan hasil
  • Boleh tambah manjakani atau kunyit untuk kaum hawa, tetapi kunyit jangan minum hari-hari. 1 atau 2 kali seminggu saja
  • Jika mahu wangi, letakkan 1 atau 2 batang serai semasa merebus

Kredit: Mas Aura

Baca juga: Cara Buat Pati Lemon Madu, Elok Untuk Kurangkan Batuk & Turunkan Paras Kolestrol

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

3 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

3 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago