Air detox masih menjadi amalan kebanyakan orang yang mahu menurunkan berat badan. Lebih lagi buat mereka yang mempunyai perut buncit.
Masalah perut buncit ini sering berlaku tak kira pada lelaki atau wanita. Perut buncit bukan saja membuatkan kita menjadi ‘malas’, malah proses memilih pakaian juga menjadi susah kerana pasti akan ‘sangkut’ pada bahagian perut.
Rupanya mudah saja cara menyediakan air detox untuk kempiskan perut ini. Hanya memerlukan beberapa bahan dapur yang sudah ada di dapur rumah.
Kalau nak tahu cara penyediaannya yang lengkap, ikuti perkongsian oleh Mas Aura di bawah. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Petua Hilangkan Batuk Guna 2 Bahan, Hanya Guna Limau Kasturi & Kicap
RESEPI AIR DETOX UNTUK KEMPISKAN PERUT
Bahan-bahan:
- Green tea cap Boh 1 uncang
- 1 sudu besar halba
- Halia (boleh letak banyak mana yang mahu, lagi banyak lagi bagus)
- 2 cawan air masak
Cara-cara penyediaan:
1. Satukan semua bahan iaitu uncang green tea, 1 sudu besar halba, halia dan 2 cawan air masak di dalam periuk. Rebus sehingga mendidih.
2. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan suam sebelum sedia untuk diminum. Boleh tambah sedikit madu jika suka. Selamat mencuba!
Info tambahan:
- Lebih bagus jika diminum sebelum makan semasa perut kosong
- Minum secara konsisten untuk menampakkan hasil
- Boleh tambah manjakani atau kunyit untuk kaum hawa, tetapi kunyit jangan minum hari-hari. 1 atau 2 kali seminggu saja
- Jika mahu wangi, letakkan 1 atau 2 batang serai semasa merebus
Kredit: Mas Aura
Baca juga: Cara Buat Pati Lemon Madu, Elok Untuk Kurangkan Batuk & Turunkan Paras Kolestrol