
Minuman manis dan sejuk memang menjadi kegemaran ramai ketika berbuka puasa, terutama dalam cuaca panas. Air cincau ais adalah pilihan sempurna kerana rasanya yang menyegarkan dan mudah disediakan di rumah.
Resipi ringkas ini sesuai untuk keluarga di bulan Ramadan. Hanya dengan beberapa bahan asas, anda boleh menikmati minuman klasik yang manis, sejuk, dan melegakan dahaga selepas seharian berpuasa.
Baca juga: Cuba Resepi Air Teh Bunga Longan Viral, Minuman Segar Sesuai Untuk Setiap Peringkat Umur
RESIPI AIR CINCAU AIS RAMADAN

Bahan-bahan:
- ½ kg cincau di dadu
- 1 helai daun pandan, disimpul
- 1 buku gula batu
- Gula pasir, secukup rasa
- Ais secukupnya
Cara-cara penyediaan:
1. Masukkan air ke dalam periuk, tambah gula pasir, gula batu, daun pandan dan separuh daripada cincau yang telah didadu.
2. Masak sehingga gula larut dan air berwarna coklat gelap.
3. Angkat dan biarkan sejuk.
4. Tuang air yang telah dimasak ke dalam gelas.
5. Letakkan baki cincau yang belum dimasak.
6. Tambah air jika rasa terlalu manis.
7. Masukkan kiub ais untuk rasa yang lebih segar dan dingin.
Tips Air Cincau Segar Untuk Ramadan
- Rebus daun pandan lebih lama untuk aroma pandan yang lebih wangi.
- Kurangkan gula batu atau gula pasir jika suka air kurang manis.
- Tambah sedikit susu cair untuk versi air creamy yang lebih sedap.
- Simpan dalam peti sejuk supaya air sentiasa sejuk ketika waktu berbuka.
Air cincau bukan sahaja menyegarkan, tetapi juga membantu melegakan dahaga selepas seharian berpuasa. Minuman ini sesuai dihidangkan bersama kuih-muih atau sebagai sajian ringan untuk keluarga di bulan Ramadan.
Selamat mencuba!
Sumber: Air Balang Perlis
Baca juga: Cara Buat Air Jagung Pekat ‘Ori’ Untuk Buka Puasa, Sesuai Juga Untuk Rumah Terbuka & Bazar Ramadan
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














