Sedapnya kalau berbuka nanti dapat minum air sejuk yang menyegarkan tekak seperti Air Bandung Laici Cincau. Setelah seharian menahan dahaga, tambah lagi dalam cuaca Malaysia yang panas.
Mudah saja nak buat air ni, anda semua wajib cuba untuk berbuka nanti! Resipi di bawah merupakan hasil perkongsian oleh saudara Ben Safwan di laman sosial Facebook miliknya. Selamat mencuba!
1. Rendam kurma merah dan biji selasih hingga kembang. Sagat cincau.
2. Masukkan susu pekat, susu cair dan sirap ke dalam bekas. Kacau sebati dan tambah semua bahan. Air laici dalam tin pun masukkan juga. Tambah ais.
3. Tak perlu tambah air kosong. Kalau anda suka air soda, boleh tambahkan juga.
Selamat mencuba!
Kredit: Ben Safwan
Wantan goreng antara kudapan yang ramai suka kerana kulitnya yang rangup dengan inti ayam yang…
Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah…
Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…
Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…
Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…
Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…