Categories: Resipi

Agar-agar Kelapa, Sedapnya Kalau Makan Sejuk-Sejuk, Jom Cuba Buat Hari Ini!

Jom buat Agar-agar Kelapa dari resipi Mr. Ali’s ini. Nampak mengiurkan untuk dimakan ketika berbuka puasa nanti. Memang tak cukup sebekas kalau beli di bazar, jadi kita buat seloyang terus. Baru puas hati.

Mudah je caranya nak buat agar-agar kelapa dan semua orang boleh buat. Yang penting wajib ada buah kelapa. Sebab kita nak gunakan isi kelapa tersebut sebagai bahan utama.

Baca juga: Kuih Cakoi Goreng Cara Mudah, Cicah Dengan Kaya Pandan, Fuh Memang Padu! 

Kalau ada stok kelapa muda, memang sedap untuk buat agar-agar. Nak pula cuaca tengah panas bulan Ramadan ini, memang sedap dapat makan agar-agar ini sejuk-sejuk. Fuhh! nikmatnya.

Resipi ini mendapat lebih dari 4.1K shares di laman Facebook, jom kita lihat cara-caranya.


RESIPI AGAR-AGAR KELAPA MR. ALI’S

Saiz loyang: 10 inci

Bahan-bahan lapisan pertama:

  • 1 setengah cawan air
  • 1 cawan air kelapa
  • 70g gula
  • 5g agar-agar serbuk
  • 60g santan kotak
  • 1 sdk garam

Bahan-bahan lapisan kedua:

  • 2 cawan air
  • 3 cawan air kelapa
  • 150g gula
  • 5g agar-agar serbuk

Cara-cara buat lapisan pertama:

1. Mula-mula, dalam keadaan api tertutup, masukkan kesemua bahan lapisan pertama.

2. Kemudian, kacau sebati. Dah sebati, baru buka api perlahan. Kacau kira-kira 2 hingga 3 minit.

3. Lepas dah kacau, baru masukkan 60gram santan kotak. Masukkan 1 sudu kecil garam. Kacau hingga mendidih.

4. Bila dah mendidih, jangan kacau selama 2-3 minit, baru tutup api.

5. Tuangkan ke dalam loyang. Biarkan ia menggeras pada suhu bilik sahaja.

Cara buat lapisan kedua:

1. Masukkan kesemua bahan untuk lapisan kedua dalam periuk pula.

2. Kacau sebati kemudian baru hidupkan api. Kacau perlahan hingga naik wap. Tapiskan.

3. Ambil agar-agar yang dah keras tadi, cucuk sebanyak mungkin. Langkah ini PENTING supaya lapisan melekat. Kena cucuk banyak-banyak supaya lapisan melekat dengan kuat.

4. Tuang sedikit demi sedikit. Dah habis adunan, masukkan pula isi kelapa. Ikut kreativiti masa nak letak isi kelapa ini.

5. Biarkan diluar selama 40 minit, kemudian baru sejukkan dalam peti sejuk selama 2 hingga 3 jam.

6. Dah siap dan boleh dihidang!


Mudah je nak buat agar-agar kelapa ini. Ada buah kelapa muda, memang boleh lah terus buat pencuci mulut yang lazat dan bergizai ini.

Selamat mencuba!

Baca juga: Kuih Angku Versi Halal (Kuih Tradisional Cina) Lain Warna Lain Intinya, Tapi Sedap!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Resipi Donut Kapas Terlajak Gebu, Makan Sebiji Tak Cukup!

Jom belajar resepi donut lembut dan gebu ini. Teksturnya yang seakan kapas menjadikan ia snek…

3 days ago

Resipi Celup Tepung Rangup Krup Krap, Goreng Apa Saja Pun Boleh!

Kalau ada yang rindu nak makan celup tepung seperti di Terengganu, apa kata kita cuba…

3 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Kukus, Cara Mudah Guna Sukatan Cawan!

Resipi kek coklat moist kukus ini sememangnya sangat lembut dan gebu. Rasa kek yang lembut…

4 days ago

Resipi Sup Ayam Siam, Rasa Masam-Masam Pedas Yang Pasti Menggoda!

Jom cuba resepi sup ayam Thai ini! Rasa sup yang masam-masam pedas, hanya sup siam…

4 days ago

Resipi Beef Lasagna Tanpa Guna Sos Segera, Sedap Makan Panas-Panas!

Bosan asyik makan nasi untuk makan tengah hari? Apa kata cuba resepi lasagna daging yang…

4 days ago

Resipi Biskut Lady Fingers, Tak Payah Penat Cari Sebab Asyik ‘Sold Out’

Kek tiramisu semakin popular dan ramai yang mencuba membuatnya sendiri di rumah. Akibatnya, beberapa bahan…

7 days ago