agar agar gula merah

Agar agar gula merah adalah pencuci mulut klasik yang disukai ramai. Rasa manis gula merah bercampur lemak santan memang padanan yang sempurna. Tapi, pernah tak cuba buat sendiri kat rumah tapi lapisan santannya tak jadi tebal dan cantik?

Ha, jangan risau! Resipi agar-agar gula merah ini ada rahsia istimewa untuk hasilkan lapisan santan yang tebal dan cantik berombak. Kuncinya mudah saja, guna santan kotak dan kacau tanpa henti sampai mendidih.

Bayangkan, aroma wangi gula merah dan santan memenuhi dapur masa tengah masak. Agar-agar juga cantik berlapis, tekstur pejal dan rasa lemak manis. Memang puas hati! Jom cuba resipi mudah ini, confirm menjadi!

Baca juga: Resipi Agar-Agar Soya Cincau Yang Unik, Pasti Ramai Tak Pernah Cuba!

RESEPI AGAR AGAR GULA MERAH SANTAN

agar agar gula merah

Bahan-bahan:

  • 18 gram agar-agar tali
  • Daun pandan (2-3 helai, disimpul)
  • 1 biji telur
  • 1 cawan gula merah (dipotong kecil atau disisir halus)
  • ¾ cawan gula pasir
  • 1 kotak kecil santan (200 ml)
  • 5 cawan air
  • Secubit garam

Cara-cara:

  1. Masak air dan agar-agar dalam periuk hingga larut. Masukkan daun pandan yang telah disimpul.
  2. Masukkan gula merah dan gula pasir. Kacau hingga semua larut dan hancur.
  3. Sementara itu, satukan santan, telur dan garam dalam mangkuk. Kacau rata.
  4. Setelah gula larut, tutup api dan tapis adunan agar-agar untuk membuang sisa daun pandan dan kotoran.
  5. Masukkan semula adunan yang telah ditapis ke dalam periuk. Masak lagi dengan api sederhana.
  6. Masukkan campuran santan, telur dan garam. Kacau perlahan dan berterusan supaya santan tidak bergentel.
  7. Tunggu hingga mendidih dan sedikit berbuih. Tutup api.
  8. Sedia untuk dituang ke dalam loyang.
  9. Basahkan loyang terlebih dahulu supaya agar-agar mudah diterbalikkan nanti. Sejukkan dan jika ingin cepat keras, masukkan ke dalam peti sejuk selama 1-2 jam.
  10. Setelah dikeluarkan dari peti sejuk, sisipkan sedikit bahagian tepi agar-agar menggunakan pisau. Kemudian, terbalikkan loyang di atas pinggan atau dulang.
  11. Potong agar-agar mengikut saiz yang dikehendaki. Wangi dan cukup manis lemak rasanya!
  12. Agar-agar akan kelihatan cantik selepas dipotong dengan tekstur yang pejal.

Sumber: Mizah Ngatiman

Baca juga: Resipi Agar-Agar Lumut Pandan Kurang Manis, Kena Dengan Selera!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN