Categories: Resipi

Resipi Tepung Goreng Rangup Serbaguna, Goreng ‘Kosong’ Pun Sedap Ratah!

Resepi tepung goreng serbaguna ini sesuai untuk menggoreng apa saja seperti buah, ayam, ikan dan sebagainya. Adunan ini juga tidak perlu menggunakan tepung gandum dan telur sama sekali, tapi hasil gorengan tetap rangup sampai petang walaupun terdedah di udara.

Jika ada yang mahu menggoreng tepungnya saja pun boleh, sebab ramai yang suka makan keraknya. Sehingga ada yang sengaja lebihkan adunan salutan semasa menggoreng supaya dapat menikmati kerak tersebut.

Kalau ada yang nak tahu cara dan teknik menghasilkan ‘kerak’ yang cantik dan menjadi elok, mari ikuti perkongsian lengkap oleh Rosmanita Fsi di bawah.

Baca juga: 11 Jenis Pisang Yang Ada Di Malaysia, No. 7 Paling Sedap Untuk Digoreng!

ADUNAN TEPUNG GORENG SERBAGUNA

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung pulut
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa (saya guna garam pink)
  • 1 sudu kecil natural baking powder (non aluminium)
  • Air tapis/air kosong secukupnya

Cara-cara:

1. Sebatikan semua bahan. Air masukkan sedikit demi sedikit sehingga kepekatan yang diingini. Jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Perasakan dengan garam mengikut selera masing-masing. (Ini untuk salutan jika mahu guna ikan, sotong dan lain-lain)

2. Jika mahu goreng ‘kosong’ begitu sahaja, boleh cairkan sedikit adunan. Tambah sedikit lagi air.

3. Cara untuk dapatkan ‘kerak’ tepung yang cantik dan comel, guna senduk kecil atau sudu makan. Caranya, tuangkan tepung dari jarak sedikit tinggi tapi setitik demi setitik sambil goyang atau kelilingi kuali.

4. Hati-hati risau minyak panas merecik semasa jatuhkan adunan. Jangan kacau tepung dalam kuali selagi tepung tak timbul dan garing. Kalau kacau terlalu awal, nanti tepung melekat antara satu sama lain.

5. Goreng sehingga kekuningan, angkat dan toskan. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Rosmanita Fsi

Baca juga: Tips Buat Roti Goreng Sardin Yang ‘Rangup’, Kena Perah Sedikit Asam Limau

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

8 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

8 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

8 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

9 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

9 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

12 hours ago