kecil pandai masak

Pemilik akaun TikTok Atira Hawa berkongsikan satu video yang memaparkan anaknya sedang memasak yang telah meraih perhatian ramai.

Video yang berdurasi 29 saat itu menunjukkan anak lelakinya sedang memasak kuetiau goreng.

Sebelum mula memasak, dia juga kelihatan sedang memotong bahan-bahan yang diperlukan tanpa bantuan ibu bapanya.

Perkongsian ini turut meraih pujian daripada netizen kerana anak kecil ini dilihat sudah biasa melakukan kerja memasak.

Dia dilihat tidak sedikit pun takut dengan api dan minyak yang merecik ketika menggoreng.

Perkongsian tersebut telah menerima pelbagai reaksi netizen. Antara komen yang diberikan oleh netizen:

“Wahh dik, goreng cucur pon kadang tak jadi.”

“Pro la adik, pecah telur macam tu je. Kalau aku pecah telur letak dalam mangkuk dulu. Good boy.. Senang ibu ayah, anak suka menolong buat kerja rumah..”

“Acik dah besar baru pandai goreng mee. Bagus awak mudahkan urusan parents.”

“Pandainya diaaaa. Moga jadi anak soleh untuk mama baba awak.”

Kredit: TikTok syatirahabdullah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN