acara tahunan

Acara Tahunan REV Media Group Kembali Lagi

REV Media Group (REV) teruja untuk mengumumkan kembalinya acara tahunan yang sangat dinantikan, Exploding Content. Edisi tahun ini dijangka menjadi game-changer, memfokuskan pada tema “The People-First Equation: Kesan Gelombang dari Berfikir Seperti Pengguna”.

Exploding Content 2023 dijadualkan berlangsung di The Colony, KL ECO City, pada 12, 13, dan 14 September. Acara ini akan menampilkan beberapa sesi setiap hari, memenuhi jadual hadirin yang pelbagai: 10.30 pagi, 2.00 petang, dan 4.00 petang.

acara tahunan

Baca juga: REV Media Group Perkenal REV ID, Bakal  Memudahkan Pemasaran Bisnes PKS Dengan Pelbagai Data

Apa itu ‘Exploding Content’?

Sejak tahun 2017, Exploding Content telah diadakan setiap tahun di mana intinya tertumpu pada komitmen untuk berkongsi valuable insights, kajian kes, dan pembelajaran dari kempen yang berjaya sebelum ini.

Acara tahun ini bertujuan untuk melengkapi para hadirin dengan alat dan pengetahuan yang diperlukan untuk meningkatkan strategi penciptaan kandungan mereka.

Dengan penekanan kepada pemikiran berpusatkan pengguna, acara ini akan mendedahkan pakej-pakej baru yang menarik yang direka untuk memperkasakan jenama, perniagaan, dan usahawan.

Exploding Content 2023 disesuaikan untuk memenuhi pelbagai jenis individu, termasuk pemilik perniagaan, pemasar berpusatkan digital, dan perancang.

Dengan memberikan pandangan yang boleh dilaksanakan dan strategi praktikal, acara ini bertujuan untuk merapatkan jurang antara segmen khalayak yang pelbagai dan pencipta kandungan, membolehkan mereka mengaplikasikan pembelajaran tersebut dengan segera untuk meningkatkan kempen mereka sendiri.

Tahun ini, Exploding Content mengetengahkan konsep: “Berfikir seperti seorang pengguna sebelum berfikir seperti seorang pemasar.”

REV mengiktiraf anjakan paradigma ke arah penciptaan kandungan yang mengutamakan komuniti. Sebagai hasilnya, Exploding Content 2023 didedikasikan untuk meneroka kesan mendalam dari pengambilan perspektif seorang pengguna.

REV menjemput pemasar, pengurus jenama dan produk, pemilik perniagaan, profesional media, dan semua yang berminat untuk terus maju dalam dunia penciptaan kandungan untuk turut serta dalam Exploding Content 2023.

Acara tiga hari ini menjanjikan pengalaman keseluruhan yang akan memberi inspirasi, mendidik, dan mengubah cara konsep dan penyampaian kandungan.

Jangan lepaskan peluang ini untuk merevolusikan strategi penciptaan kandungan anda. Daftar untuk Exploding Content 2023 hari ini dengan mengklik di sini. Jumpa anda nanti!

Baca juga: Rev Media Group Ambil Alih Tantannews, Portal Berita Sosial Popular Berbahasa Cina

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN