Categories: Infomasi

Bosan Asyik Makan Sandwich? Abang Subway Ini Kongsi Cara Order Salad Bowl Yang Sedap

Mesti ramai dah biasa makan sandwich di Subway kan? Kadang-kadang muncul rasa bosan juga asyik makan sandwich. Haa, kali ini apa kata jom cuba pesan Salad Bowl pula.

Menu ini sangat sesuai untuk korang yang tengah diet. Tak diet pun boleh makan, sebab sedap! Anda boleh ubahsuai kandungan salad ikut citarasa anda sendiri.

Bagi yang pertama kali nak cuba pesan Salad Bowl di Subway, jom kita tengok cara yang dikongsikan oleh @syafiqunil98 di TikTok!

Cara Order Salad Bowl Yang Sedap

1. Pilih protein

Pertama sekali, pergi ke kaunter Subway dan pesan 1 Salad Bowl dan beritahu pekerja Subway yang anda nak customize.

Anda boleh pilih sejenis protein kegemaran anda di Subway. Kalau nak add-on daging atau ayam pun boleh. Menurut Abang Subway, harganya sekitar RM 2.50 hingga RM 5.00.

2. Pilih sayur

Macam order sandwic, anda boleh pilih mana-mana sayur yang anda suka. Nak pilih semua pun tak ada masalah!

3. Pilih add-on

Abang Subway juga sarankan orang ramai untuk lengkapkan pesanan salad dengan add-on yang ditawarkan seperti mushroom, seafood sensation, avocado atau corn. Gerenti bertambah sedap jadinya! Setiap scoop add-on berharga RM 2.50 sahaja, rugi tak letak!

4. Pilih sos

Abang Subway cadangkan untuk letak tak terlalu banyak sos supaya rasa sayur dan protein dalam salad lebih nikmat dan tak terlalu muak. Dalam video TikToknya, dia menyarankan untuk letak mayonnaise dan Thousand Island.

Selain dua sos ni, anda juga boleh pesan sos lain yang sesuai dengan salad iaitu honey mustard dan sweet onion. Kata pekerja Subway ni, kalau nak combine sekali 4 sos ni pun sedap!

Untuk seimbangkan rasa, boleh request untuk tambahkan sedikit garam dan lada hitam.

Menu Salad Bowl ‘Recommended’

Bagi yang belum tahu, semua menu dekat Subway boleh dijadikan Salad Bowl!

Menu salad bowl yang dicadangkan oleh Abang Subway dan beberapa netizen di ruangan komen ni adalah :

  • Salad Chicken Slice + Seafood + Corn
  • Salad Steak & Cheese
  • Salad BBQ Chicken + Chicken Slice + Corn
  • Salad Chicken Teriyaki + Cheese + Sos Cili + Mustard + Thousand Island

Nak Jadikan Set Meal? Boleh!

Seperti pesanan sandwic, anda juga boleh jadikan Salad Bowl sebagai Set Meal. Di Subway, ada dua option yang anda boleh pilih sama ada :

  • Small Meal  (RM 3.50) – Boleh dapat 1 cawan minuman saiz kecil dan 1 cookies pilihan.
  • Regular Meal (tambah RM 5.00) – Boleh dapat 1 cawan minuman saiz besar dan 2 cookies ATAU sebungkus Potato Chips.

Berbaloi sangat kalau nak jadikan set!

Berbaloi sangat cuba Salad Bowl ni. Harga tak sampai RM 20, tapi boleh buatkan orang kenyang sampai ke malam! Isi penuh pula tu! Selamat mencuba.

Sumber: TikTok @syafiqunil98, Daily Makan

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago