laksa telur sarang

Siapa di sini yang sangat sukakan Laksa Telur Sarang? Ini kerana, jika singgah ke gerai laksa pasti anda akan menemuinya dalam papan menu.

Buat pengetahuan semua, laksa sangat sinonim di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia kerana kebanyakan kedai makan di sana akan menyediakan hidangan wajib ini.

Bagi anda yang rindukan masakan utara dan selalu beli di kedai, apa kata kalian mencuba resipi laksa telur sarang ini di rumah. Sekali gus, anda pasti puas hati kalau dapat makan air buatan sendiri. Malah, nak makan bertambah sekalipun tak ada hal!

Cubalah resipi yang dikongsikan oleh Nasuha Saiful melalui Facebook ini. Tak sangka kombinasi laksa dan telur sarang memang mantap serta kena dengan selera.

Baca juga: Cara Lembutkan Laksa Dengan Cepat, Rebus 10 Minit Je Tak Perlu Lama

RESIPI LAKSA TELUR SARANG

laksa telur sarang

Bahan Telur Sarang:

  • Telur
  • Sedikit tepung jagung
  • Sedikit air
  • Botol roti jala/botol sos
  • Minyak secukupnya

Bahan Kuah Laksa:

  • Ikan selayang saiz sederhana 15 ekor
  • Bawang besar 1 biji
  • Belacan 1 inch
  • Cabai kering 10 tangkai
  • Serai diketuk 2 batang
  • Lengkuas 1 inch diketuk
  • Bunga kantan dibelah 4 dan batangnya
  • Daun cenohom sekucupnya
  • Asam gelugor 3 keping

Cara penyediaan telur sarang:

1. Pukul telur, tepung jagung dan sedikit air.

2. Tuangkan ke dalam botol.

3. Panaskan minyak pastikan betul-betul panas.

4. Drizzle bancuhan telur tadi.

5. Setelah keperangan alihkan telur.

Cara Penyediaaan Kuah Laksa:

laksa telur sarang

1. Rebuskan ikan dengan 1 keping asam gelugor.

2. Toskan ikan dan asingkan isi ikan daripada tulangnya.

3. Kisar halus isi ikan bersama air rebusan ikan tadi dan ketepikan.

4. Kisar tulang ikan, tapiskan dan ketepikan.

5. Kisar halus cabai kering yang direbus, bawang besar dan belacan.

6. Tuangkan ke dalam periuk dan masak sampai hilang bau cabai.

7. Masukkan serai, daun cenohom, bunga kantan dan lengkuas.

8. Masak sampai naik bau

9. Masukkan isi ikan yg dikisar & air tulang ikan tadi

10. Masukkan asam keping & garam secukupnya

11. Masak dan hidangkan bersama telur sarang. Siap!

Memang mudah untuk sediakan Laksa Telur Sarang ini. Selepas siap, rasanya memang terbaik. Peminat laksa mesti jatuh cinta dengannya. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Nasuha Saiful

Baca juga: Resipi Laksa Kuah Merah Terengganu, Memang Sedap & Lain Dari Lain!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN