Nanas merupakan makanan superfood yang kaya dengan pelbagai khasiat tersendiri. Masalah yang sering timbul ketika membeli adalah cara kupas nanas dan mengelakkan lidah dari rasa gatal-gatal. Kadang disebabkan tidak tahu cara kupas nanas dengan betul, terus rasa lebih baik beli sahaja yang dah siap dipotong di kedai.
Tapi pernahkah kita terfikir bahawa masalah ini boleh diatasi dengan mengikut tip dan petua di bawah untuk mengupas nanas dengan mudah.
Jom MyResipi kongsikan langkah-langkah yang boleh anda cuba di rumah.
Baca juga: Kenali Jenis Daun Bawang, Mesti Ramai Yang Tak Tahu
Cara Mengupas Nanas Dengan Mudah
1. Potong Mahkota Nanas
Langkah pertama adalah memotong bahagian jambul yang berada di bahagian atas buah itu. Kemudian, jangan lupa potong bahagian bawah nanas supaya dapat berdiri dengan stabil.
2. Kupas Kulit Mengikut Susunan Mata Nanas
Kupas kulit nanas yang dikenali sebagai mata. Pastikan ketebalan kulit yang dipotong tidak terlalu tebal. Cara potong adalah seperti ke bahagian kanan sedikit diikuti bahagian kiri. Hati-hati ketika memotong menggunakan pisau.
3. Letakkan Garam
Taburkan garam secara merata ke seluruh permukaan nanas yang belum dibersihkan dari mata. Biarkan nanas meresap garam selama lima minit kemudian bilas bersih di bawah air mengalir.
Garam ini bertujuan untuk menghilangkan getah nanas yang menyebabkan gatal pada tangan ketika mengupas dan secara langsung menghilangkan rasa gatal pada lidah ketika makan.
4. Hilangkan Mata Nanas Mengikut Pola
Seterusnya adalah membuang mata nanas secara perlahan mengikut pola yang terbentuk secara beransur-ansur. Cara ini membantu meminimumkan pembaziran isi nanas yang berlebihan.
5. Buang Bahagian Tengah Nanas
Setelah semua mata nanas telah dibuang, anda boleh membelahnya menjadi empat bahagian. Kemudian, buang bahagian tengah nanas yang biasanya kurang manis dan tawar berbanding bahagian luar. Dengan mengikut cara ini, anda dapat menikmati nanas dengan rasa yang lebih manis.
Bukan setakat sedap dimakan begitu sahaja, nanas juga sedap dimakan bersama asam atau diletakkan kedalam masakan seperti masak lemak, gulai dan pajeri. Jom cuba!
Baca juga: “Ingatkan Singki” – Chef Dedah Rutin Masak, Buat Netizen Terpegun
Sumber: Orami Articles