chef dedah rutin masak

Pernahkah anda terfikir tentang cara chef hotel memasak? Chef dedah rutin masak di lama TikTok sehingga netizen terpegun melihatnya. Untuk memasak dalam jumlah yang besar, biasanya orang menggunakan kuali besar atau periuk kawah seperti yang sering kita lihat. 

Sebuah video di TikTok telah menjadi viral, di mana seorang chef sedang memasak mihun goreng dalam jumlah yang besar.

Baca juga: Kek Span Basuh Pinggan, Menu Unik Di Kuching Yang Anda Boleh Cuba

Melalui video yang dikongsikan oleh @hasifiothman, tempat memasak yang ditunjukkan adalah saiz sebuah singki. Malah, terdapat sebatang paip untuk memudahkan chef tersebut menuangkan air semasa memasak.

CHEF DEDAH RUTIN MASAK, INGATKAN SINGKI, TETAPI SEBENARNYA…

Dalam video tersebut, beliau juga menunjukkan cara membersihkan dapur tersebut selepas selesai memasak.

Video yang dikongsikan oleh chef ini telah menarik perhatian ramai. Banyak netizen yang merasa terkejut melihat reka bentuk dapur yang digunakan.

Menurut beberapa individu dalam ruangan komen, dapur tersebut sebenarnya adalah tilting pan, iaitu satu jenis dapur yang mempunyai pelbagai fungsi seperti memasak, menggoreng, memanggang, merebus, dan mengukus.

chef dedah rutin masak

Tilting pan ini sering digunakan dalam hotel atau restoran besar untuk memasak dalam jumlah yang besar. Katanya, harga tilting pan ini juga boleh mencecah puluhan ribu. Wow!

Perkongsian video ini juga menarik perhatian para suri rumah kerana ia dapat memudahkan kerja memasak di dapur untuk seisi keluarga.

Sungguh menarik melihat chef memasak dengan menggunakan dapur ini!

Baca juga: Makanan Wajib Cuba Jika Singgah Ke 7E Thailand

Sumber: TikTok Budak Kuali

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN