Ikan masak pindang mempunyai pelbagai cara masak bergantung kepada individu. Ia juga dikenali sebagai asam rebus di sesetengah tempat.
Apa pun nama yang diberi, rasanya lebih kurang sahaja. Hidangan ini mempunyai rasa yang masam dan pedas.
Sebahagian resipi ada tambahkan serai dan daun kunyit untuk menaikkan lagi aroma dan rasa.
Kali ini MyResipi ingikan berkongsikan salah satu resipi masak pindang ikan yang boleh dicuba. Jom cuba!
Baca juga: Rupanya Ikan Panggang Kukus Lagi Sedap Dari Goreng, Isi Pun Tak Kering & Kekal Manis!
RESEPI IKAN MASAK PINDANG
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Sedikit kunyit hidup
- Halia
- Bawang besar
- Bawang putih
- Cili padi
- Daun kunyit
- Garam
- Serbuk perasa
- Pes asam jawa
- Ikan kegemaran
Cara memasak:
1. Tumbuk sedikit kunyit hidup. Hiris halia, bawang besar dan juga bawang putih. Penyetkan cili padi jika mahu kuah lebih pedas.
2. Campurkan semua bahan tadi ke dalam periuk. Letakkan air mengikut kuantiti kuah yang dimahukan.
3. Masukkan juga daun kunyit, garam, serbuk perasa dan pes asam jawa. Biarkan kuah mendidih.
4. Akhir sekali, masukkan ikan pilihan kegemaran masing-masing. Biarkan mendidih sehingga ikan masak.
5. Selepas 5 minit, boleh matikan api dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Facebook Syafaf Salim, Samsinar Bustami
Baca juga: Wanita Kongsi Resipi Sambal Ikan Masin Daun Kunyit Kesukaan Ayah, Lauk Biasa Tapi Istimewa