Ada yang pernah makan bunga betik tumis? Biasanya ia dijadikan kerabu, tetapi boleh juga dimasak dengan pelbagai cara seperti masak lodehrendang dan sebagainya.

Namun begitu, bunga ini mempunyai rasa yang pahit apabila dimakan. Lebih lagi jika tidak dicuci dan dicelur dengan cara yang betul sebelum memasak kepada sesuatu masakan.

Oleh itu, jom MyResipi kongsikan petua hilangkan rasa pahit bunga betik yang dijamin berkesan. Barulah masakan lebih sedap dan menyelerakan!

Baca juga: Tip Hilangkan Miang Sayur Keladi, Tak Gatal Tekak Dan Tangan Dah!

BUNGA BETIK GORENG

Bahan-bahan yang diperlukan:

Cara memasak:

1. Tip untuk hilangkan pahit bunga betik adalah bergantung semasa proses merebusnya.

2. Pertama sekali, asingkan bunga dan batangnya. Kemudian taburkan 2 sudu garam ke atas bunga tersebut (dalam 3 genggam bunga).

bunga betik tumis

3. Letakkan air sehingga bunga tenggelam dan ramas-ramaskan sehingga bunga layu. Apabila sudah rasa tekstur yang licin, itu bermakna getahnya sudah keluar.

4. Tapiskan air dan bilas sehingga bersih. Kemudian, rebus di dalam air. Tambahkan juga garam secukupnya.

5. Rebus sehingga empuk dan lembut. Jangan lupa gaul sekali sekala. 

6. Jika bunga tersebut sudah lembut, matikan api. Tapis dan basuh bersih dengan air paip untuk menghilang rasa garamnya.

7. Ketepikan seketika bunga betik yang sudah direbus untuk menyediakan bahan tumis pula.

8. Tumbuk cili besar, cili padi, bawang merah, bawang putih dan sedikit ikan bilis.

9. Kemudian tumis bahan tumbuk tadi sehingga garing. Selepas itu boleh masukkan bunga betik yang sudah dicelur tadi.

10. Masak sehingga nampak sedikit layu. Perasakan dengan garam dan ajinomoto (jika suka). Selamat mencuba!

bunga betik tumis

Kredit resipi dan gambar: Ina Zarina via Masak Apa Hari Ni

Baca juga: Tips Hilangkan Rasa Kapur Pada Mi Kuning, Rendam Dengan ‘1 Bahan’ Ini Saja

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending