sambal gesek

Ada yang teringin nak makan sambal tapi alergik dengan belacan? Jangan risau, resepi sambal gesek goreng ini tidak menggunakan belacan sama sekali.

Sambal gesek ini juga sangat sesuai jika digandingkan dengan nasi goreng. Rasanya yang pedas dan secukup rasa memang sangat lazat!

Bahan yang diperlukan dan cara penyediaannya cukup mudah, bila-bila masa saja boleh buat. Ayuh lihat resipi penuh yang dikongsikan oleh Puan Aisyah Humaira di bawah.

Baca juga: Petua Buat Sambal Belacan Sedap & Tak Pahit, Ikut Cara Mudah Ini

RESEPI SAMBAL GESEK GORENG

Bahan-bahan A:

  • 2-3 biji bawang besar dipotong empat
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji lada merah (lada besar) potong dua
  • 10 biji cili padi merah atau ikut pedas disukai

Bahan-bahan B:

  • 3 sudu besar ikan bilis digoreng garing
  • 2 sudu besar ikan bilis dicuci dan tumbuk lumat atau 80% hancur
  • Garam
  • Gula
  • Secukup rasa
  • Sedikit perahan air limau nipis

Cara memasak:

1. Goreng semua bahan-bahan A sehingga layu dan hampir perang. Boleh diangkat.

2. Sediakan pengisar, masukkan bahan yang digoreng tadi bersama ikan bilis goreng, gula, serbuk perasa dan sedikit garam. Garam jangan banyak kerana ikan bilis sudah masin.

sambal gesek

3. Kisar semua bahan tersebut sehingga mencapai tahap lumat yang disukai.

4. Tuang bahan yang sudah siap dikisar ke dalam bekas. Masukkan ikan bilis yang telah ditumbuk dan juga sedikit perahan limau nipis. Kacau sebati.

5. Sedia untuk dihidangkan, selamat menjamu selera!

sambal gesek

Kredit resipi dan gambar: Facebook Aisyah Humaira via Masak Apa Hari Ni

Baca juga: Resipi Sambal Penyet Ketagih, Makan Dengan Lauk Apa Pun Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN