Jom MyResipi kongsikan cara bersihkan kupang dengan betul dan tip memilih kupang yang segar agar tidak sakit perut selepas makan.
Pelbagai menu boleh dimasak menggunakan kupang seperti kupang masak lemak cili api, sambal kupang, rendang kupang dan sebagainya lagi.
Namun jika kupang tak fresh, masak apa pun akan tak jadi sedap. Jika kupang yang segar, direbus begitu sahaja dan cicah sos pun dah cukup sedap.
Oleh itu, jom kita ketahui apakah tips pilih kupang segar dan cara menyiangnya dengan betul. Barulah lebih sedap untuk dijadikan aneka menu.
Berikut merupakan perkongsian oleh Encik Muhammad Azmi menerusi laman sesawang Facebook:
“Kupang hijau atau green mussel adalah sejenis haiwan bercengkerang yang sangat sedap bila dimakan. Terdapat banyak jenis kupang ini di seluruh dunia. Dan ia boleh hidup di sesetengah kawasan perairan laut.
Di Malaysia, kupang sangat popular di selatan tanah air. Jenis kupang banyak di sini adalah kupang hijau. Kupang hijau terbahagi kepada 2 jenis tempat pembiakannya iaitu pusat ternakan (kelong); dan hidup secara liar (batu-batu atau tiang-tiang).
Kupang sangat unik. Sebab itu kita kena siang kupang secara betul sehingga benar-benar bersih, tidak seperti kerang yang boleh terus dimasak dan dimakan.”
Baca juga: Tips Pilih Kerang Segar & Tak Berbau, Baru Tak Potong ‘Mood’ Bila Makan
Tip Pilih & Cara Bersihkan Kupang Dengan Betul
1. Pastikan kupang itu benar-benar segar dan hidup. Kupang yang hidup kita boleh tahu bila kita lihat ia terbuka dan kita ketuk sikit, ia akan tertutup rapat.
2. Kalau nak tahu kupang itu segar, kita boleh lihat dari pandangan mata. Kalau melalui deria hidung, kita boleh bau air laut itu. Kalau ada bau busuk yang kuat dan kupang ternganga, lebih baik buang sahaja kupang tersebut.
3. Kupang segar yang masih ada rambut (lihat gambar di bawah). Basuh kulit kupang sehingga bersih dari segala benda asing. Tarik dan buang gumpalan rambut dari kupang. Jika gumpalan dan rambut ini tidak dibuang, boleh menyebabkan kita sakit perut setelah memakannya.
Jika gumpalan dan rambut ini tidak dibuang, boleh menyebabkan kita sakit perut setelah memakannya.
4. Kalau nak lebih mudah, sampai saja di rumah, terus masukkan kupang ke dalam freezer selama 15 hingga 20 minit. Biarkan kupang mati dalam freezer. Kemudian basuh kupang tersebut. Rambut akan mudah tanggal bila ditarik sebab kupang itu telah mati.
5. Setelah dicuci sehingga bersih, bolehlah masak kupang mengikut menu yang diinginkan.
Kredit: Muhammad Azmi Mahmud, Mingguan Wanita
Baca juga: Petua Cuci Kerang & Lala Supaya Mudah Terbuka, Hilang Segala Pasir & Selut