pengat pisang

Mari cuba buat resipi Pengat Pisang Gula Hangus dari Che Sayang ini. Kebiasaannya, resipi ini akan menggunakan gula putih atau gula merah. Apa kata buat versi lain iaitu gula hangus pula. 

Bukan itu saja, jika menggunakan pisang Abu dalam resipi ini, hasilnya akan lebih sedap berlemak kerana teksturnya yang lembut dan rasa manis yang pekat, memberikan dimensi baru pada hidangan ini.

Baca juga: 11 Jenis Pisang Yang Ada Di Malaysia, No. 7 Paling Sedap Untuk Digoreng!

Gula hangus menjadi inti rasa dalam hidangan pengat pisang ini. Proses karamelisasi gula memberikan aroma yang unik dan rasa manis yang mendalam pada hidangan.

Namun, perlu diingat untuk tidak membiarkan gula terlalu hangus, kerana ia akan menambahkan rasa pahit yang tidak diingini. Pemilihan gula yang berkualiti dan kawalan suhu yang tepat semasa proses karamelisasi adalah kunci untuk mencapai hasil yang terbaik.

Mari ikuti perkongsian resipi penuh di bawah. 

RESIPI PENGAT PISANG GULA HANGUS

Bahan-bahan:

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan kuali terlebih dahulu, kemudian masukkan 1 atau 2 sudu gula. Selepas itu, tambahkan 2 atau 3 sudu air.

2. Biarkan gula mengkaramel sehingga ia berwarna keemasan. Jangan biarkan gula terlalu hangus kerana akan menjadi pahit.

3. Selepas itu, masukkan air dan pisang ke dalam kuali. Jika menggunakan pisang jenis Abu, ia lebih sedap. Masukkan juga daun pandan dan kacau rata.

4. Tambahkan 1 kotak santan pekat dan kacau rata.

5. Anda boleh menambah sedikit air dan mengubah kepekatan mengikut kesukaan anda.

6. Masukkan sagu yang telah direndam selama 5 minit tadi. Kacau sehingga sagu mengembang.

7. Jika rasanya kurang manis, tambahkan gula secukupnya. Setelah rasanya cukup enak, boleh tutup api dan hidangkan dalam mangkuk.

Video penuh:

@chesayang_kitchen

Episod 298 | Resepi Pengat Pisang Gula Hangus | 2 Minit 1 Resepi by Che Sayang Kitchen Resepi penuh – 1 atau 2 sudu gula + 2 sudu air untuk caramalised sugar (jangan bagi dia hangus sangat, nanti pahit) – Pisang dipotong – Daun pandan – 1/2 cawan air ikut kepekatan yang korang suka – 1 kotak santan pekat – Sagu yang direndam 5 minit – Tambah gula jika perlu #resepichesayang #chesayangkitchen #susahkenakbuat #pengatpisang

♬ original sound – Che Sayang Kitchen – Che Sayang Kitchen

Baca juga: Manfaat Pisang Bertahi Lalat Yang Ramai Tak Tahu, JANGAN Buang!

Sumber: TikTok Che Sayang Kitchen 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN