kebab daging

Siapa yang setiap kali ke pasar malam wajib beli roti kebab daging? Memang sedap sangat, makan satu kadang-kadang tak puas. 

Kalau ada yang nak buat sendiri pun mudah saja rupanya, baru lagi puas hati sebab boleh letak inti sebanyak yang mahu.

Cara memasaknya cukup mudah dan tidak perlu masa yang lama. Jom lihat resipi perkongsian oleh Noratiqah Nordin di bawah.

Baca juga: Cara Buat Roti Naan Express, Ini Tips Supaya Kekal Lembut & Gebu

RESIPI KEBAB DAGING EXPRESS

Bahan-bahan yang diperlukan:

Daging cincang secukupnya
– Kubis (potong hancur)
– Timun (potong memanjang)
Sos cili secukupnya
– Mayones secukupnya
– Minyak masak
– Roti (boleh guna roti kebab, roti john atau roti sandwich)

Cara-cara penyediaannya:

1. Panaskan sedikit minyak masak ke dalam kuali.

2. Apabila minyak sudah panas, masukkan daging dan masak daging hingga keperangan. Bila sudah masak, buang minyak dari kuali.

kebab daging

3. Kemudian, masukkan kobis ke dalam daging yang sudah dimasak tadi.

kebab daging

4. Letakkan juga timun, mayonis dan sos cili. Gaulkan ia hingga sekata.

6. Jika guna roti kebab, ambil daging dan masukkan ke dalam roti.

7. Sedia untuk dimakan, selamat mencuba!

kebab daging

Kredit resipi dan gambar: Facebook Noratiqah Nordin via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Baca juga: Jom Cuba Buat Roti Pusing, Kudapan Mudah Untuk Minum Petang Hanya Guna 3 Bahan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN