Kalian pernah cuba tak resepi ikan tenggiri masak cuka? Rugi kalau siapa tak pernah merasa sebab menu ini tersangatlah sedap! Cara memasaknya juga cukup mudah.
Masakan ini juga sedikit unik kerana ada rasa masam dari cuka. Oleh sebab itu, anda kena pandai seimbangkan rasa masam, masin dan masam supaya kuahnya menjadi lazat.
Kalau ada yang mahu cuba memasaknya, mari ikuti resipi lengkap yang dikongsikan oleh Puan Liza Idris di bawah.
Baca juga: Resipi Rebung Ikan Bilis Goreng Sambal, Menu Simple Tapi Sangat Menyelerakan!
RESEPI IKAN TENGGIRI MASAK CUKA BERKARI
Bahan-bahan:
– Ikan tenggiri
– Garam
– Serbuk kunyit
– 1 biji bawang besar
– 2 inci halia
– 1 sudu halba campur
– 2 tangkai daun kari
– 2 atau 3 sudu cuka makan
– 1 gelas air
– 1 biji bawang besar dibelah 6
– 3 ulas bawang putih
– 5 biji cili padi
– Garam, serbuk cukup rasa
Cara-cara:
1. Gaul isi ikan dengan garam kunyit. Goreng dan ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis 1 biji bawang besar, 2 inci halia, 1 sudu halba campur dan 2 tangkai daun kari. Pastikan bau tumisan ni menggoda. Kacau hingga kekuningan.
3. Letak 2 atau 3 sudu cuka makan dan kacau.
4. Masuk 1 gelas air dan biarkan mendidih.
5. Kemudian, masukkan ikan tenggiri yang sudah siap digoreng tadi.
6. Masuk pula 1 biji bawang besar dibelah 6, 3 ulas bawang putih diketuk dan 5 biji cili padi. Kacau rata.
7. Masuk garam secukupnya mengikut cita rasa. Letakkan juga sedikit serbuk cukup rasa.
8. Gaul sebati dan biarkan sekejap.
9. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Faceb00k Liza Idris
Baca juga: Cara ‘Pro’ Goreng Ikan Keli Supaya Tak Meletup & Tak Jadi ‘Bengkok’!