petua agar agar sirap

Mari cuba petua agar agar sirap ros yang tak keras dan lembik ini. Walaupun caranya agak mudah, tapi jika tidak disukat dengan betul, memang gagal jadinya. 

Agar-agar sirap ros ini walaupun sederhana, tetapi masih menjadi kegemaran ramai. Walaupun cara membuatnya mudah, namun ada yang mengalami masalah apabila cuba membuatnya, akhirnya ia menjadi terlalu lembik atau keras.

Untuk memastikan agar-agar sirap ros terhasil dengan baik, anda boleh ikuti petua sukatan yang dikongsi oleh Ani Zam. Ikut sahaja sukatan agar-agar & air berikut.

Baca juga: Kenali Anggaran Sukatan Cawan, Tips Untuk ‘Home Baker’ Yang Baru Berjinak

PETUA AGAR AGAR SIRAP ROS TAK KERAS DAN LEMBIK

Hari ini, mari kita buat agar-agar seperti macam zaman dulu. Biasanya, agar-agar ini disediakan sebagai pencuci mulut semasa majlis kenduri.

Tips untuk mendapatkan agar-agar sirap ros yang sempurna, tidak terlalu keras atau lembik, adalah dengan mengikuti sukatan agar-agar dan air berikut:

  • 10 gram serbuk/tali agar-agar = 1 liter air
  • 20 gram serbuk/tali agar-agar = 2 liter air
  • 30 gram serbuk/tali agar-agar = 3 liter air

petua agar agar sirap

Bahan-bahan untuk agar-agar sirap ros:

Cara penyediaan:

1. Masak agar-agar bersama air sehingga larut.

2. Kemudian masukkan gula pasir, gula batu, sirap ros, daun pandan yang disimpul, dan garam.

3. Setelah semua bahan sebati, matikan api, saring, dan tuangkan ke dalam loyang atau acuan.

4. Setelah sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Kemudian potong dan hidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Ani Zam

Baca juga: Kuih Bingka Labu Guna Sukatan Cawan, Tekstur Lembut Bergedik Kejadiannya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN