resepi lala

Lala boleh dimasak dengan pelbagai cara, salah satunya adalah resepi lala masak kam heong yang sedap dan mudah untuk disediakan.

Pastikan anda menggunakan lala yang segar kerana ia akan mengeluarkan rasa manis dan seterusnya menghasilkan masakan yang enak.

Lala juga tidak perlu dimasak terlalu lama kerana akan menyebabkan isinya liat. Sebab itu lala perlu dimasukkan pada langkah yang terakhir.

Jila ada yang mahu mencuba, jom kita rujuk resipi yang telah dikongsikan oleh Puan Liza Idris di bawah.

Baca juga: Cara Buat Ayam Masak Merah Ala Kampung, Resipi Sempoi Yang Mudah & Lazat

RESEPI LALA KAM HEONG

Bahan-bahan:

– 1/2 kg lala
– 1 sudu besar udang kering (tumbuk/cincang)
– 3 ulas bawang putih (cincang)
– 1 biji bawang besar/holand (cincang)
– 2 inci halia dimayang halus
– 4 biji cili padi (potong halus atau ketuk) boleh juga guna cili kering
– 2 tangkai daun kari
– Sedikit daun sup untuk hiasan
– Sedikit garam dan gula

Bahan-bahan pes:

– 1 1/2 sudu besar rempah kari (bancuh dengan air)
– 1 sudu besar sos tiram
– 3 sudu besar kicap
(Campur semua bahan dalam satu mangkuk)

Cara memasak:

1. Panaskan minyak. Tumis bawang holand, halia dan bawang putih.

2. Masukkan daun kari.

resepi lala

3. Masa ini akan bau harum semerbak. Masuk udang kering dan cili padi.

4. Apabila bahan tumis dah kekuningan, Masuk semua pes tadi.

5. Masak sampai jadi macam ini.

6. Letak 1 cawan air. Masak sehingga kuah pekat sikit.

7. Boleh perasakan dengan garam dan gula ikut cita rasa.

8. Masuk lala dan gaul sebati. Biar dalam 5 minit.

9. Tabur daun bawang.

10. Siap! Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

resepi lala

Kredit resipi dan gambar: Liza Idris

Baca juga: Cara Masak Kari Daging Supaya Pecah Minyak Elok, Boleh Ikut Tip Ini!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN