madu tiruan

Ternyata, terdapat cara kenal pasti madu itu sama ada madu asli atau madu tiruan dengan mengikuti perkongsian tips dalam artikel ini.

Baru-baru ini, industri madu negara, termasuk madu kelulut, menghadapi cabaran kehadiran produk tiruan yang kini mencapai 90 peratus di pasaran.

Cabaran untuk mengenal pasti barang tiruan yang dijual berkemungkinan adalah palsu boleh memberi kesan negatif kepada pengguna di negara ini.

Baca juga: Kesan Buruk Makan Gelojoh, Antara Sebab Berat Badan Bertambah

Menurut pakar dari Universiti Sains Malaysia (USM),  kemunculan madu tiruan telah memberi kesan negatif kepada industri ini di negara kita. Penghasilan madu datang dari lebah tanpa sengat yang mengandungi pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan kita.

Tambahan pula, pengambilan satu sudu sahaja lengkap dalam aspek tenaga, protein, vitamin dan lain-lain. Lebah dikenali sebagai ‘kelulut’ akan menghasilkan madu semulajadi yang manis dengan sedikit rasa masam bercampur dengan aroma floral.

Selain itu, apabila ramai yang sudah mula membeli madu untuk dimakan setiap hari, banyak khasiat yang boleh diperolehi apabila makan madu asli dalam kuantiti yang betul setiap hari.

Tetapi, bagaimana untuk memastikan sama ada madu yang dibeli itu asli atau tiruan? Inilah cara untuk mengenal pasti madu asli yang anda boleh gunakan.

CARA KENAL PASTI MADU TIRUAN DENGAN MADU ASLI

1. Semut datang sebagai petanda tidak baik

Semut mudah tertarik dengan benda manis dan sejak kecil kita sudah tahu jika biarkan gula terbuka, pasti semut akan datang mendekat.

Jika madu itu asli, semut tidak akan datang mendekat kerana ia mempunyai bau serta aroma yang sangat kuat.

Aroma ini tidak disukai oleh semut serta rasa manis semula jadi pun mereka kurang suka. Kalau yang tiruan pula mempunyai kandungan gula tinggi untuk menambah rasa manis tersebut.

2. Air dan madu tidak bercampur

Untuk melakukan kajian ini pun senang kerana hanya memerlukan 2 bekas mengandungi air putih sahaja. Tuangkan 2 madu berbeza dalam bekas tersebut dan lihat dengan mata kasar. Jika ia asli, ia akan tenggelam dengan mudah, tetapi jika tiruan, ia akan larut dan bercampur dengan air.

3. Periksa madu atas kertas

Tips seterusnya adalah menggunakan kertas. Kalau ada tisu, lebih baik untuk memudahkan anda menentukan sama ada tiruan atau asli.

Letakkan tisu dan tuangkan madu ke atasnya. Jika ia tiruan, kertas itu akan menjadi lembap, berlubang, koyak.

Ini kerana ia mengandungi air tambahan di dalamnya dan kita tahu kertas akan basah jika terkena air. Kalau yang asli pula, kertas tersebut tidak akan rosak sebaliknya kekal seperti biasa.

4. Kelikatan atau ketebalan madu

Sifat madu yang kita sedia tahu adalah kelikatan atau ketebalan madu yang melekit tidak kira asli atau tiruan. Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan meletakkan madu pada hujung jari dan biarkan sekejap.

Jika asli, ia akan meleleh dengan perlahan-lahan manakala yang palsu akan meninggalkan kesan melekit pada jari.

5. Uji dalam sudu di atas api

Letakkan madu pada sudu dan buka api secara perlahan terlebih dahulu. Kemudian, bakar madu tersebut secara perlahan-lahan.

Sekarang lihat pada reaksinya. Adakah buih yang keluar kecil-kecil seperti air mendidih waktu anda masak maggi?

Jika ya, maksudnya ia adalah tiruan dan anda telah ditipu oleh penjual. Kalau buihnya membesar dan mula membuak-buak jika terus dipanaskan, maksudnya ia adalah asli.

Namun tips ini juga perlu diuji banyak kali untuk mendapatkan hasil yang tepat kerana kita tidak dapat pastikan 100%. Tambahan pula, berhati-hatilah menggunakan api kerana ada risiko pembocoran gas dan boleh menyebabkan kebakaran.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: 8 Rahsia Air Zamzam Yang Ramai Tak Tahu, Baik Untuk Kesihatan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN