Setiap kali tiba bulan puasa, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk membeli juadah berbuka di bazar Ramadan. Salah satu menu yang sering dibeli adalah roti kebab ayam.
Namun begitu, ada juga yang tidak suka pergi ke bazar Ramadan kerana tidak mahu bersesak-sesak dengan orang ramai, terutamanya dengan cuaca yang panas pada masa ini.
Oleh itu, anda boleh cuba menyediakan sendiri roti kebab ayam di rumah menggunakan resipi yang dikongsikan oleh Alya Naff di bawah. Selamat mencuba!
Baca juga: Jom Cuba Buat Roti Pusing, Kudapan Mudah Untuk Minum Petang Hanya Guna 3 Bahan!
RESEPI ROTI KEBAB AYAM
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Bawang merah 3-4 ulas
- Bawang besar 1-2 ulas
- Ayam dipotong dadu
- Lobak merah dipotong dadu
- Timun batang dipotong dadu
- Sos cili
- Sos tomato
- Sos lada hitam
- Kicap
- Rempah kari daging
Cara penyediaan:
1. Tumis bawang merah dan bawang besar sampai naik bau dan bertukar kepada warna keperangan.
2. Masukkan ayam dan gaul seketika sehingga masak.
3. Masukkan pula sos cili, sos tomato, sos lada hitam, kicap dan rempah kari daging.
4. Seterusnya, letakkan juga lobak merah dan timun batang.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Gaul sehingga semuanya sebati dan bercampur rata.
6. Pastikan goreng sampai pecah minyak agar inti tahan tahan dan tidak sakit perut.
7. Letakkan inti ke dalam roti yang dibelah tengah. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Alya Naff
Baca juga: Tip Buat Roti Sosej Rangup & Tak Serap Minyak, Resipi Mudah Guna 4 Bahan Je!