cara potong daging

Rupanya masih ada yang belum tahu cara potong daging yang betul supaya cepat empuk. Walaupun sudah dihiris kecil-kecil, daging akan tetap liat apabila dikunyah jika salah cara memotongnya.

Ternyata, saiz potongan saja tidak mencukupi. Kita perlu ketahui cara potong daging mengikut bahagian masing-masing.

Bila sudah tahu cara ini, kita dapat menjimatkan masa dan tenaga kerana tidak perlu merebus daging dalam tempoh yang lama untuk melembutkannya.

Baca juga: Cara Mudah Masak Daging Dendeng, Tak Sampai 1 Jam Dah Empuk & Sebati Elok

CARA POTONG DAGING DENGAN BETUL

1. Cara Potong Bahagian Tulang Rusuk (Rib Eye)

cara potong daging

Saiz bahagian tulang rusuk lebih lebar berbanding dengan batang pinang. Beberapa bahagian daging mempunyai tulang dan ada yang sudah siap diasingkan.

Untuk memotong daging rib eye dengan betul, kita perlu membuang lemak di bahagian tepi. Pastikan pisau yang digunakan tajam kerana lemak di bahagian ini lebih tebal.

Kemudian, potong daging kepada dua bahagian. Setelah itu, potong setiap bahagian kepada irisan yang lebih kecil dengan ketebalan kira-kira satu inci setiap satu.

2. Cara Melintang Urat

cara potong daging

Setelah daging diletakkan di atas papan pemotong, anda perlu mengenal pasti arah urat daging yang hendak dipotong. Kemudian, potong dari arah yang berlawanan. Jika ingin daging masak lebih cepat, potongkan ke bahagian yang lebih kecil.

Cara memotong daging melintasi urat membuatkan daging menjadi lebih lembut dan mudah dikunyah.

3. Cara Hiris Daging Batang Pinang Bawah (Tenderloin)

Daging batang pinang biasanya diperolehi dalam saiz yang besar. Langkah pertama dalam memotong daging jenis tenderloin adalah dengan memisahkan bahagian yang berlemak.

Cara memotong bahagian berlemak, pegang hujung bahagian yang berlemak dan tarik dengan kuat. Jika sukar, anda boleh mengirisnya menggunakan pisau yang tajam.

Pastikan tiada lemak yang melekat pada daging batang pinang tersebut. Lemak pada bahagian ini cukup tebal dan tidak sesuai jika digunakan untuk memasak sup tulang.

Seterusnya, potong daging kepada bahagian yang lebih kecil dan ikut tips potong daging melawan urat untuk mendapatkan daging yang lebih lembut dan tidak liat.

TIPS PILIH DAGING UNTUK MASAKAN

Jika ingin memasak hidangan berkuah seperti sup dan stew, daging otot yang berserat kasar sangat sesuai untuk digunakan.

Untuk masakan yang kering seperti rendang pula, daging berserat halus lebih sesuai digunakan kerana ia mudah empuk dan cepat masak. Contoh daging berserat halus adalah daging batang pinang.

Oleh itu, jangan lupa praktikkan tips di atas jika mahukan daging yang empuk, tak liat dan senang dikunyah. Semoga bermanfaat!

Sumber: KELAB MAMA

Baca juga: Cara Buat Daging Jeruk Berempah, Bila Digoreng Sangat Lazat Tak Terkata!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN