Resepi otak otak ayam ini cukup mudah rupanya. Boleh dikukus atau dibakar, bergantung pada selera masing-masing. Kalau dapat makan waktu masih panas, memang nikmat!
Kalau beli di kedai harganya boleh tahan mahal juga. Oleh itu apa kata kita cuba buat sendiri rumah, baru boleh makan puas-puas.
Jika ada yang mahu mencuba, boleh ikuti resipi yang telah dikongsikan oleh Puan Nurul Akmar Ab Hamid Anne di bawah.
Baca juga: Resipi Pepes Ayam Yang Padat Dengan Isi, Sekali Cuba Pasti Nak Lagi!
RESEPI OTAK OTAK AYAM HOMEMADE
Bahan-bahan:
- 1/2kg isi ayam – kisar lumat
- 4 ulas bawang merah
- 1 biji bawang merah besar
- 3 ulas bawang putih
- 3 biji cili merah
- Sedikit cili padi
- Halia (sebesar ibu jari)
- Kunyit hidup (sebesar ibu jari)
- 2 batang serai
- 1 sudu makan serbuk perasa
- 1 helai daun limau purut
- 1 helai daun kunyit
- 1/2 cawan santan
- Garam secukup rasa
- 2 sudu makan gula
- Asam jawa secukupnya (jangan banyak nanti terlebih masam)
- Daun pisang secukupnya
Cara-cara:
1. Satukan semua bahan diatas (kecuali daun pisang) di dalam blender dan kisar halus.
2. Tuang bahan kisar ke dalam bekas bersesuaian.
3. Sudukan adunan ke atas daun pisang yang telah dibersihkan. Bungkus dengan kemas. Lakukan hingga habis adunan.
4. Otak Otak Ayam yang siap dibungkus bolehlah dibakar atau dikukus.
5. Sedia untuk dinikmati, selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Nurul Akmar Ab Hamid Anne
Baca juga: Buat Sendiri Popia Satar Ikan Ori Terengganu, Ini Teknik Supaya Rangup Elok Selepas Digoreng