Jenama bekas air Stanley Tumbler mungkin belum didengari oleh sesetengah orang, namun ia telah menjadi sangat popular hingga awal tahun ini, terutamanya selepas kerjasama dengan Starbucks dalam keluaran ‘Winter Pink’. Ia menyebabkan ramai orang sanggup berbaris luar kedai untuk mendapatkan tumbler jenama ini.
Baca juga: Senarai Kurma Yang Bukan Dari Negara Islam, Jangan Salah Beli!
Di media sosial, tanda pagar #Stanley telah mendapat hampir 3 bilion tontonan di TikTok, di mana pengguna menunjukkan koleksi mereka dan beberapa video viral turut menunjukkan reaksi positif terhadap produk ini, termasuk seorang kanak-kanak yang menangis kegembiraan apabila menerima bekas air Stanley sebagai hadiah Krismas.
SEJARAH JENAMA STANLEY TUMBLER
Walaupun Stanley telah wujud sejak 110 tahun yang lalu, namun populariti bekas air ini hanya tercetus baru-baru ini. Sejarah jenama Stanley bermula dengan William Stanley, seorang pencipta yang menghasilkan bekas air vakum keluli untuk menjaga kopi panas. Bekas air ini kemudian menjadi pilihan utama bagi pekerja luar yang memerlukan minuman panas atau sejuk sepanjang hari.
@reallifevibez_ Well now we know stanley can last forever! @Stanley 1913 Can you guys please send my dad a new cup for work lol😂❤️😭 #stanleycup #stanley #fyp #tumbler #cup #dad #welovestanley #cup #lovestanley #newstanleycup #aesthetic #croquette #love #foryoupage #stanleytumbler #trend #trending #funny #stanley @Stanley Argentina #stanleyy #follow #trendsetter #family #genuine #nice
Pada tahun 2019, pengasas The Buy Guide, Linley Hutchinson, Ashlee LeSueur, dan Taylor Cannon, telah memainkan peranan penting dalam meningkatkan populariti produk Stanley Tumbler dengan membuat posting di media sosial mengenainya.
Ketika bekas air ini sudah mula sukar ditemui dalam pasaran, ketiga-tiga wanita ini berani mengambil risiko dengan membeli bekas air dalam jumlah besar, dan keputusan ini berjaya dengan penjualan yang luar biasa.
Pada tahun 2020 pula, Terence Reilly, bekas pekerja Crocs, mengambil alih sebagai presiden Stanley dengan strategi untuk mengekalkan populariti produk melalui kolaborasi dengan jenama lain dan pemasaran yang lebih agresif. Keputusan ini membawa kepada peningkatan signifikan dalam jualan dan keuntungan syarikat.
TERUS JADI MEGA VIRAL
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada viraliti produk Stanley Tumbler, termasuk testimoni pengguna yang memuji ketahanannya dan kerjasama dengan selebriti.
Video yang menunjukkan bekas air Stanley masih utuh selepas terlibat dalam kebakaran turut meningkatkan populariti produk ini.
@danimarielettering Thirsty after you catch on fire? @Stanley 1913 is like no problem i gotchu #fyp #carfire #accident #stanleycup
Namun, walaupun fenomena Stanley Tumbler mempunyai kesan positif yang ketara, terdapat juga kesan negatif. Kes peminat yang terlalu agresif ketika kolaborasi dengan Starbucks menyebabkan beberapa pekerja kedai mengalami gangguan dan kes terdapat pelajar yang dibuli kerana tidak memiliki produk tersebut turut mencetuskan kebimbangan.
Kesimpulannya, walaupun Stanley Tumbler telah mencapai populariti yang luar biasa, kita perlu mengambil kira impak positif dan negatif yang ditimbulkannya oleh masyarakat. Ini supaya, yang bagus kita boleh jadikan contoh, yang tidak bagus, kita boleh jadikan teladan.
Sumber: Retail Dive, Today.com
Baca juga: “Mata Kasar Tak Nampak” – Tanda Kedai Makan Guna Pelaris, Ustazah Ini Kongsi Cara