Siapa cakap susah nak masak dendeng daging? Sebenarnya tak perlu masak sampai 4 atau 5 jam untuk dapatkan daging yang empuk dan sebati.
Menerusi perkongsian oleh Puan Yasmin Dayanti Fami, beliau menunjukkan cara masak daging dendeng dalam tempoh 1 jam sahaja. Senang yakmat!
Kalau ada yang mahu mencubanya, boleh ikuti resipi lengkap di bawah untuk mengetahui apakah bahan-bahan dan cara memasaknya.
Baca juga: Cara Express Buat Sambal Hitam, 30 Minit Siap! Tak Perlu Rebus Berjam-Jam Lamanya
RESEPI DENDENG DAGING
Bahan-bahan:
- 3 biji bawang besar + 15 batang cili kering (rebus)
- 1 ketul gula kabung
- Daging (dikisar kasar)
- 2 sudu sos tiram + kicap kipas udang
- Garam secukup rasa
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan 3 biji bawang besar dan 15 batang cili kering yang sudah dikisar halus. Tumis sehingga pecah minyak.
2. Kemudian, masukkan 1 ketul gula kabung. Masak sehingga gula cair dan sebati.
3. Seterusnya, masukkan daging yang sudah dikisar kasar. Kacau sebati.
4. Tuangkan 2 sudu sos tiram dan juga kicap kipas udang sampai gelap.
5. Perisakan dengan garam secukup rasa. Gaul sebati dan masak sampai kering.
6. Siap sudah daging dendeng yang simple. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Yasmin Dayanti Fami
Baca juga: Cara Masak Bubur Nasi Dengan Cepat & Cantik Kejadiannya, Ikut Tips Ini