Ibu-ibu buntu memikirkan menu apa untuk dibawa ke jamuan akhir tahun sekolah anak? Haa, apa kata jom cuba resepi mini burger yang kecil comel ini.
Resipi yang telah dikongsikan oleh Puan Badariah ini juga cukup mudah disediakan kerana hanya perlu menggunakan nugget bagi menggantikan daging.
Anggaran kosnya pula hanyalah sebanyak RM50. Sesuai untuk ibu-ibu yang sedang berjimat cermat tapi ingin menyediakan sesuatu yang mengenyangkan untuk anak-anak.
Kalau ada yang sedang mencari idea untuk dibawa ke jamuan sekolah anak, mini burger ini salah satu menu yang boleh dicuba.
Baca juga: Cutenya Dadih Laici Sumi Ini, Bawa Ke Jamuan Sekolah Anak Confirm ‘Laris’!
RESEPI MINI BURGER GUNA NUGGET
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Nugget
- Roti bun mini
- Salad
- Sos cili Adabi (tidak terlalu pedas)
Cara-cara penyediaan:
1. Goreng nugget sehingga masak dan sedikit garing. Angkat ke dalam bekas yang dilapik tisu. Ketepikan seketika.
2. Belah tengah roti bun mini. Kemudian panggang seketika roti bahagian yang rata atas kuali leper sehingga sedikit garing.
3. Ambil roti dan letakkan salad, kemudian letakkan nugget dan juga sos cili. Tutup dengan satu keping roti lagi.
4. Cucukkan roti dengan lidi supaya tidak bergerak. Ulang langkah sehingga roti dan nugget habis. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Badariah Sofi
Baca juga: Ibu Ini Kongsi Idea Jamuan Akhir Tahun Anak, Resipi Mac & Cheese Untuk 40 Pek Kecil