Ketam boleh digunakan untuk memasak dengan pelbagai cara. Salah satunya adalah dengan membuat kari atau gulai ketam.
Resipi perkongsian oleh Saiful Nasuha ini difahamkan lebih kepada ‘Penang Style’. Jadi, sudah tentu kuah gulainya lebih pekat dan padu.
Kalau ada yang mahu mencuba, mari ikuti resipi lengkap di bawah untuk mengetahui apakah bahan-bahan yang diperlukan serta cara memasaknya. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Tip Pilih Ketam Segar, Manis Dan Banyak Isi, Baru Berbaloi Nak Beli
RESEPI GULAI KETAM PENANG STYLE
Bahan-bahan:
- 6 ekor ketam bunga
- 6 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- ½ inci halia – diketuk
- 2 pelepah daun kari
- ½ keping kulit kayu manis
- 2 bungkus Rempah Kari Ikan Babas
- 1 ½ sudu makan Rempah Kari Daging Babas
- Segenggam kelapa parut – kisar halus
- Santan segar rm3
- 1 sudu teh jintan manis – tumbuk halus
- 1 sudu teh jintan putih – tumbuk halus
- 1 sudu teh lada hitam – tumbuk halus
- 1 keping asam gelugur saiz sederhana
- Garam & aji secukupnya
Bahan hiasan:
- 2 pelepah daun kari
- 1 biji cili hijau – belah 2
Cara memasak:
1. Bersihkan ketam terlebih dahulu. Potong dua.
2. Sediakan bahan-bahan untuk tumisan seperti bawang merah, bawang putih, halia, 2 pelepah daun kari dan kulit kayu manis.
3. Bahan-bahan yang perlu ditumbuk halus, kisar halus dan bahan hiasan.
4. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga kekuningan.
5. Masukkan rempah yang dikacau bersama air panas dan dicampur dengan jintan manis, putih dan lada hitam yang ditumbuk halus.
6. Masak sampai pecah minyak.
7. Kemudian masukkan kelapa parut yang dikisar halus dan juga santan.
8. Setelah mendidih, masukkan asam keping dan perasakan dengan garam secukupnya. Masak santan seketika dengan api perlahan.
9. Apabila santan masak dengan mesra, masukkan ketam.
10. Renehkan dengan api perlahan. Biarkan ketam masak. Akhir sekali masukkan bahan hiasan untuk mewangikan lagi gulai.
11. Gulai ketam ni memang akan pekat kuahnya sebab tu guna santan yang banyak baru umphh.
Kredit resipi dan gambar: Saiful Nasuha
Baca juga: Doktor Ini Kongsi Khasiat Ketam Supaya Mak Mak Tahu, Bantu Kuatkan Otak