resepi singgang ikan selayang

Jom cuba resepi singgang ikan selayang yang mudah dan sedap ini. Masakan ini cukup nostalgia bagi sesetengah orang kerana ia merupakan menu legend yang membuatkan mereka teringat pada kampung halaman.

Lauk ini juga boleh dikategorikan sebagai menu sihat kerana tiada penggunakan minyak dan tidak perlu menumis. Hanya perlu sediakan periuk dan rebuskan semua bahan saja.

Bahan-bahan yang digunakan juga ringkas. Selain ikan, ada 3 sahaja bahan asas yang diperlukan iaitu lengkuas, asam keping dan bawang putih. Memang sangat segar bila dapat hirup kuahnya yang cukup rasa masam, masin dan manis. Jom cuba masak!

Baca juga: Resipi Ikan Singgang Kuning, Menu Paling Mudah & Pantas Tapi Lazat Sungguh!

RESEPI SINGGANG IKAN SELAYANG

resepi singgang ikan selayang

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Ikan kembung siang dan cuci bersih
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 biji bawang besar dipotong empat
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 keping hirisan lengkuas
  • 2 inci kunyit dihiris
  • 3 keping asam keping atau ikut masam disukai
  • Sedikit serbuk kunyit, garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Kacang bendi muda
  • Cili padi

Cara memasak:

  1. Tuang air ke dalam periuk mengikut kuantiti kuah yang disukai. Masukkan semua bahan-bahan diatas kecuali ikan, bendi dan cili padi. 
  2. Biarkan kuah mereneh selama 5 minit. Kemudian, bolehlah masukkan ikan, bendi dan cili. Didihkan sehingga ikan dah masak.
  3. Singgang mesti ada rasa masam, masin dan perisa dari lengkuas dan serai. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Aisyah Humaira

Baca juga: Wanita Kongsi Cara Buat Singgang Ayam Thai, Resipi Asli Mak Mertua Orang Thai

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN