kuih karas

Kuih karas merupakan snek dari negeri Kedah. Ia juga dikenali sebagai kuih jala di Sabah dan Sarawak. Sesuai dimakan bersama secawan teh atau kopi panas. Memang padanan yang sangat sesuai.

Kuih ini merupakan sejenis kuih tradisional yang diperbuat dari tepung beras. Ia mempunyai bentuk seperti jaringan halus seperti bihun. Teksturnya juga sangat rangup dan rasanya manis.

Ia juga mungkin sukar untuk ditemui di tempat anda. Oleh itu, apa kata jom kita cuba buat sendiri menggunakan resipi di bawah.

Baca juga: Resipi Cek Mek Molek Guna 4 Bahan Mudah, Ikut Cara Ini Baru Kuih Tak ‘Pecah’

RESEPI KUIH KARAS

Bahan-bahan yang diperlukan:

Cara-caranya:

1. Kacau gula apong dan gula kasar dengan air. Masak sehingga larut. Kemudian, tuang ke dalam tepung beras. Kacau sebati.

2. Masukkan adunan ke dalam botol roti jala muncung 3 atau 5. Kalau ada acuan tempurung, bolehlah guna.

3. Panaskan minyak. Pastikan minyak cukup panas saja, bukan terlampau panas. Minyak tak banyak sangat. Jalakan dari tepi banyak kali dalam 5-6 pusingan, baru jalakan ke bahagian tengah 5-6 kali. Kemudian ulang lagi jalakan sampai ke tepi dan ke tengah semula dalam 5-6 pusingan lagi. Jangan tebal sebab nanti nak lipat pula.

4. Selepas siap menjala, biarkan 5 saat. Kemudian terus lipat dua dengan menggunakan senduk, kemudian lipat sekali lagi jadi bentuk segitiga. Goreng sekejap sambil balik-balikkan hingga berwarna keemasan. Kuih karas ni cepat masak dalam 2-3 minit saja. Masa kita angkat tu, dia masih agak lembut, tapi lepas kita dah sejukkan ia akan keras sendiri. Rangup dan rapuh sangat.

5. Simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar:  May Jebat, Nor Al Fatihah

Baca juga: Resipi Kuih Kasturi, Ikut Petua Ini Supaya Kuih Rangup & Tak Liat Walaupun Sejuk!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN