resepi kerabu perut

Resepi kerabu perut ini merupakan salah satu masakan Thailand yang wajib dicuba. Rasanya yang kenyal, masam, pedas dan berperisa memang mampu menaikkan selera.

Bagi penggemar kerabu, sajian kerabu perut ini pastinya sering menjadi pilihan dan kegemaran pada setiap masa. Ratah begitu saja pun dah cukup sedap, licin sepinggan dibuatnya!

Jika anda ikuti resipi perkongsian oleh Shamsila Abd Rahim di bawah, hasilnya sama saja seperti di kedai makan Thailand. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Kerabu Suhun Ala Thai, Rasa Masam Manis Kecur Air Liur Dibuatnya!

RESEPI KERABU PERUT ALA THAI

Bahan-bahan:

  • Perut lembu (direbus)
  • Lada merah
  • Bawang merah
  • Kacang panjang
  • Daun ketumbar
  • Buah tomato
  • Limau nipis
  • Sos tiram
  • Gula
  • Kicap sotong

Cara memasak:

1. Sediakan semua bahan yang diperlukan.

2. Rebus perut lembu sehingga empuk dan hiris nipis.

3. Hiriskan juga lada merah, bawang merah, kacang panjang, daun ketumbar dan tomato. Kemudian satukan semua bahan hiris ini bersama perut lembu.

4. Perahkan limau nipis. Tambahkan juga sos tiram, gula dan kicap sotong secukupnya.

5. Gaul semua bahan sehingga semuanya bercampur rata. Selamat mencuba!

resepi kerabu perut

Kredit resipi dan gambar: Shamsila Abd Rahim

Baca juga: Resipi Kerabu Timun Bersantan, Makan Sejuk-Sejuk Sangat Nikmat & Menyegarkan!

Baca juga: Resipi Kerabu Bayam Brazil Bersama Mangga Epal, Gaul-Gaul Je Dah Siap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN