ikan sambal thailand

Bagi yang suka makanan pedas, kali ni ada satu resipi Ikan Sambal Thailand yang memang patut dicuba. Biasanya kita buat sambal merah saja, kan?

Tapi kali ni, mari kita cuba buat sambal ikan Thai yang tengah viral ini. Banyak orang dah cuba dan kata sedap gila!

Baca juga: Sambal Tempe Basah Cara SIMPLE, Naik Selera Makan Lauk Ini

Resipi ini telah dikongsi oleh Ameera, dan mendapat lebih 8.4K shares di Facebook. trending juga masakan Thailand ini. Ikan yang dicampur dengan sambal ini mungkin betul-betul rasa sedap dan memikat selera.

Jadi, kalau anda suka mencuba resipi-resipi baru, cuba lah resipi sambal ikan Thailand ni. Dah ramai yang jatuh hati dengan rasa pedas dan unik dia. Selamat mencuba!


RESIPI IKAN SAMBAL THAILAND

ikan sambal thailand

Bahan-bahan:

  • Ikan potong – ikut pilihan
  • 10 biji cili padi*
  • 3 biji cili hijau*
  • 1 biji tomato*
  • 6 ulas bawang putih*
  • 2 biji bawang besar *
  • 2 batang serai
  • Daun limau
  • 2 sudu sos cili 
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 sudu sos ikan 
  • 1 sudu gula somtam – boleh juga guna gula putih
  • Limau nipis
  • Bawang besar / bawang merah – hiasan
  • Mushroom seasoning
  • Minyak masak

Kisarkan bahan yang bertanda * 

Cara-cara penyediaan:

1. Gorengkan ikan yang sudah digaul dengan garam dan serbuk kunyit terlebih dahulu. Anda boleh menggunakan sebarang jenis ikan.

2. Ini merupakan bahan utama. Jika ingin lebih pedas, tambahkan lebih banyak. Semua bahan ini perlu dikisar menggunakan pengisar. Jika tiada pengisar, boleh menggunakan lesung batu. Ini kerana kita mahu hasilnya kasar.

3. Gunakan minyak dari penggorengan ikan tadi sahaja. Tumiskan bahan-bahan sehingga minyak pecah. “Pecah minyak” bermaksud minyak terpisah dan bertakung di atas sambal.

ikan sambal thailand

4. Masukkan 2 batang serai.

5. Tambahkan daun limau. Buangkan batang tengah kerana ia akan menjadi pahit.

6. Tambahkan 2 sudu makan sos cili, 2 sudu makan sos tiram, dan perasa cendawan. Jika tiada, gunakan secukup rasa.

7. Masukkan 1 sudu makan sos ikan. Gula somtam sebanyak 1 sudu makan. Jika tiada, boleh digantikan dengan gula putih.

8. Perahkan satu biji limau nipis. Gaul rata. Tidak perlu menambah garam kerana sos ikan sudah cukup masin.

9. Jika ingin menambahkan bawang, sila tambahkan. Jika tidak, itu tidak menjadi masalah.

10. Masukkan ikan dan gaul rata. Siap!

ikan sambal thailand


Selamat mencuba.

Sumber: Ameera

Baca juga: Tip Elak Minyak Merecik Ketika Masak Sambal, ‘Confirm’ Dapur Tak Kotor Lagi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN