Seorang pengguna laman sosial Facebook, Nur Aisya ada berkongsikan satu resepi nasi lemak dan ‘rahsia’ untuk menjadikannya lebih sedap.
Menurutnya, resipi ini adalah yang terpaling sedap selepas beberapa kali mencuba pelbagai resipi sebelum ini.
Jika menggunakan cara ini, memang dijamin nasi lemak akan cukup rasa masin, harum dan lemak. Kalau nak tahu apakah resipi tersebut, mari ikuti perkongsian lengkap oleh beliau di bawah.
Baca juga: Cara Sukat Nasi Lemak Untuk Makan Ramai, Baru Tak Risau Terlebih Atau Terkurang
RAHSIA RESEPI NASI LEMAK ‘TERSEDAP’
Berikut merupakan perkongsian oleh Nur Aisya:
“Setelah membuat kajian dan mencuba pelbagai cara. Bagi saya ini cara tersedap buat nasi lemak.”
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Bawang besar hiris
- Halia hiris
- Halba
- Daun pandan
- Beras
- Santan
- Air
- Garam
- Gula
Cara penyediaannya:
1. Mula-mula, tumis bawang besar dan halia yang telah dihiris beserta halba dan juga daun pandan sehingga naik bau.
2. Apabila bahan tumisan sudah wangi, masukkan pula beras dan goreng bersama bahan tumis tadi.
3. Akhir sekali, tuangkan santan dan air. Masukkan juga sedikit garam dan secubit gula.
4. Hasilnya sangat sedap, rasa macam nasi lemak orang tua dulu-dulu. Selamat mencuba!
Sumber: Nur Aisya
Baca juga: Wanita Kongsi Resipi Sambal Nasi Lemak Turun Temurun, Berhari-Hari Pun Tak Basi