daun sup

Bagi yang baru belajar masak atau jarang masuk dapur, pasti agak keliru untuk membezakan daun sup dan daun ketumbar disebabkan oleh rupanya yang kelihatan sama.

Kedua-dua daun ini berbeza dari segi rupa, bau, rasa dan kegunaan dalam masakan. Jika mahu menyediakan sesuatu hidangan, bahan yang dipilih sangat memainkan peranan yang penting bagi menentukan rasa dan kuali.

Oleh itu, jom kita pelajari apakah perbezaan dua jenis daun ini. Barulah tak tersalah guna.

Baca juga: Petua Simpan Daun Pisang Supaya Tahan Lama, 2 Bulan Pun Masih Hijau & Segar!

BEZA DAUN SUP & DAUN KETUMBAR

1. Nama/label di pasar raya

Ada beberapa nama lain bagi kedua-dua daun ini yang biasa digunakan pada labelnya, iaitu:

  • Daun sup: Juga dilabel sebagai Celery Leaves/Chinese Celery (Petroselinium crispum)
  • Daun ketumbar: Coriander Leave/Cilantro (Coriandrum sativum)

2. Perbezaan akar

Biasanya kedua-dua jenis daun ini dijual bersama akarnya sekali. Jadi, lebih murah untuk membezakan keduanya.

  • Daun sup: Mempunyai akar yang kecil serta jenis akarnya berserabut dan banyak.
  • Daun ketumbar: Mempunyai akar yang bersaiz lebih besar (satu akar besar di tengah) dan jenis akar seakan akar tunjang.

3. Beza batang dan daun

Jika bahagian akar telah dipotong atau sudah dibuang, boleh lihat perbezaan pada struktur daun dan batangnya. Walaupun agak sukar untuk membezakannya, tetapi masih ada perbezaan antara keduanya.

  • Daun sup: Mempunyai batang lebih panjang dan gemuk, bentuk daunnya lebih besar dan mempunyai warna hijau yang lebih jelas.
  • Daun ketumbar: Mempunyai batang yang lebih pendek dan kurus, daunnya pula lebih kecil dan warna hijaunya lebih muda.

4. Perbezaan bau

Ini merupakan cara yang paling mudah untuk membezakan kedua-dua jenis daun ini. Cara tersebut adalah mengenal dari segi bau dan aroma.

  • Daun sup: Mempunyai aroma yang lebih grassy atau lebih mild, baunya juga lebih lembut berbanding daun ketumbar
  • Daun ketumbar: Mempunyai bau yang lebih tajam, seolah-olah bau serangga. Sesetengah orang tidak berapa gemar dengan bau ini.

5. Kegunaan dalam masakan

Dari segi kegunaannya pula, daun sup lebih sering digunakan dalam masakan Melayu. Berbeza dengan daun ketumbar yang jarang digunakan kecuali untuk memasak beberapa jenis masakan tertentu seperti tomyam, masakan Thai atau masakan India.

  • Daup sup: Biasanya digunakan dalam masakan Melayu. Ia juga sering dipakai untuk menghiaskan makanan seperti mee goreng atau nasi goreng. Rasa daun ini juga tidak begitu kuat dalam masakan.
  • Daun ketumbar: Terkenal dalam masakan India atau hidangan Thailand.

6. Perbezaan rasa

Daun ketumbar mempunyai rasa yang lebih kuat dan menyengat. Daun sup pula tidak terlalu pahit.

Sumber: theAsianparent

Baca juga: Tips Simpan Daun Bawang Frozen Supaya Berderai & Tak Berketul Macam Ais

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN