Anda mencari resepi pizza homemade yang mudah, lembut dan sedap? Jom MyResipi kongsikan resipi tersebut untuk anda cuba buat di rumah.
Paling best bila buat sendiri, anda boleh letak apa-apa topping dan sebanyak mana yang dimahukan. Baru puas hati, tak perlu beli di kedai dah!
Jika ada yang mahu mencuba, jom ikuti resipi lengkap perkongsian oleh Ain Kamal di bawah. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Cara Buat Pasta Carbonara ‘Super Creamy’, Sama Macam Dekat Pizza Hut!
RESEPI PIZZA HOMEMADE
Bahan-bahan:
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar marjerin
- 2 sudu besar gula
- 2 sudu besar yis
- 1/2 cawan air suam
Cara-cara:
1. Bancuh yis dan gula dengan air suam. Biarkan sehingga yis menjadi berbuih.
2. Sementara tunggu yis berbuih, satukan tepung gandum dan marjerin. Gaul sehingga sebati.
3. Kemudian, masukkan air bancuhan yis ke dalam campuran tepung dan marjerin tadi. Uli sehingga doh tidak melekat pada tangan. Lagi lama uli, lagi lembut.
4. Bila dah jadi doh, letakkan dalam mangkuk dan tutup dengan kain bersih. Biarkan sehingga doh menjadi kembang sehingga 2 kali ganda.
5. Tumbuk doh untuk keluarkan angin. Leperkan doh ke atas pan, cucuk dengan garfu dan letak topping yang disukai (lihat senarai cadangan topping di bawah).
6. Bakar menggunakan selama 35 minit pada suhu 170°C. Selamat mencuba!
Bahan-bahan topping:
- Sos cili
- Sos tomato
- Mayonis
- Capsicum merah, hijau, kuning
- Sosej
- Bawang holland
- Tomato
- Lobak merah
- Cheddar cheese
- Mozarella cheese
Kredit resipi dan gambar: Ain Kamal
Baca juga: Seafood Lasagna Ala Pizza Hut Cara Mudah, Memang ‘Repeat’ Nak Makan Lagi!