cara buat cucur udang

Rupanya mudah saja cara buat cucur udang yang kembung dan ‘berongga’. Baru feel makan dengan kuah kalau seperti ini hasilnya.

Selain kuah kacang, ada juga yang cicah dengan sos atau air lada. Mana-mana pun boleh, sama sedap je!

Kalau ada yang nak belajar cara-cara membuatnya, jom ikuti perkongsian resipi oleh Salwa Suhada Kamaruden di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resipi Cucur Ikan Bilis Yang Bulat Elok, Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam

CARA BUAT CUCUR UDANG BERONGGA

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • Sebiji telur
  • 1 sudu kecil yis (hidupkan yis, rendam dengan air suam dan sesudu gula selama 10 minit)
  • Soda bikarbonat hujung sudu kecil

Bahan-bahan lain:

  • Udang (potong kecil)
  • Bawang (dimayang halus)
  • Daun kucai
  • Lobak merah (potong halus)
  • 3 sudu kecil garam

Cara penyediaan:

1. Rendam yis dengan air suam dan gula. Biarkan selama 10 minit. Sambil itu boleh sediakan bahan-bahan lain.

2. Apabila semua bahan sudah tersedia, satukan semuanya dan kacau sehingga sebati.

3. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.

4. Boleh letakkan sedikit serbuk kunyit untuk menaikkan warna cucur udang.

5. Goreng menggunakan minyak banyak dan api yang perlahan. Selamat mencuba!

cara buat cucur udang

Kredi resipi dan gambar: Salwa Suhada Kamaruden

Baca juga: Resipi Kuih Cucur Topi Guna 4 Bahan, Ikut Cara Ini Baru Menjadi Elok!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN