daging masak hitam

Disebabkan dah lama tak makan kenduri, apa kata kita masak daging hitam ala-ala kenduri. Seronok juga.

Resipi daging masak hitam ini akan dimasak sehingga kering. Tahan lama dan bila dipanaskan keesokkan harinya, rasanya bertambah sedap. Kali ni kita hidangkan daging masak kenduri ini dengan nasi putih saja.

Baca juga: Tip Masak Daging Goreng Kunyit TAK LIAT, Baru Nikmat Nak Meratah!

Biasanya majlis kenduri, daging masak hitam ini akan dihidang dengan nasi minyak. Memang sedap sangat. Tambah pula sayur acar. Rasa nak tambah nasi dibuatnya.

Kalau rajin boleh masak nasi minyak sekali. Nak makan dengan nasi putih pun dah sedap sebenarnya. Cara penyediaannya sangatlah mudah. Tapi kena diingatkan nak masak daging masak hitam ini, kena diperap lama dalam 2-3 jam macam tu.


RESIPI DAGING MASAK HITAM ALA KENDURI

daging masak hitam

Bahan-bahan:

  • 1kg daging lembu
  • Kicap cap unta/kicap tongnam
  • 2 sudu gula atau gula apong
  • 1/2 sudu serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu serbuk jintan manis
  • 1 cawan kismis
  • Minyak masak – menumis
  • Serbuk secukup rasa
  • Rempah tumis 4 sekawan

Bahan kisar:

  • 20 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1 biji bawang merah besar
  • 1 batang serai
  • Lengkuas 2 inci
  • Halia 1 inci

Cara-cara penyediaan:

1. Perap daging yang telah dipotong dengan 2 sudu gula apong dan kicap selama 3 atau 4 jam.

2. Kisar bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas, serai dan cili kering.

3. Tumis rempah 4 sekawan. Bila dah terbit minyak dan bau, masukkan bahan-bahan kisar dan tumis hingga kekuningan.

4. Masukkan daging yang telah diperap dan gaul rata dengan tumisan yang telah kekuningan.

5. Tambah 1/2 sudu serbuk jintan putih, 1/2 sudu serbuk jintan manis. Tambahkan secukup rasa dan gaul rata.

6. Tambah kismis 1 cawan dan air 1 cawan. Masak hingga air tumisan kering. (Anak request kismis jangan dikisar. Suka makan kismis begala)

7. Bila kuah sudah agak kering selepas 45 minit, tambahkan kicap dan perasa secukupnya. Boleh tutup api. 

8. Siap untuk dihidang.

daging masak hitam


Selamat mencuba resipi ini.

Resipi: Caesarena Anak Peter

Baca juga: Daging Goreng Thai Style Chef, Mudah Je Rupanya Nak Buat

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN