playmade

Playmade, jenama teh boba kegemaran Singapura yang terkenal dengan boba handmake ini telah meluaskan cawangannya dengan tawaran menu menarik dengan konsep Studio Dapur Terbuka.

PlayMade mengumumkan pembukaan rasmi kedai pertamanya di IOI City Mall, Putrajaya. Sejak penubuhannya pada tahun 2017, jenama teh boba ini telah memikat hati dan lidah peminat teh boba.

Sejajar dengan pelancarannya di Malaysia, jenama ini juga memperkenalkan menu makanan yang baru dan pilihan pencuci mulut yang lazat untuk melengkapi minuman bubble tea handmake.

Baca juga: Coffee Bean Kembali Dengan Edisi Musim Percutian Special “A Little Bit of Joy in Every Cup”

Mengunakan konsep open kitchen studio, pelanggan dapat menyaksikan secara langsung bagaimana cara boba dihasilkan.

Menu PlayMade Inspirasi Dari Masakan Korea

@playmade.malaysia

Don’t walk bestie, run! 🏃‍♀️🏃‍♂️ Serving you an exclusive glimpse into our new store. 🤩 We’re taking you on a whirlwind tour through our vibrant corners and playful vibes that truly make PlayMade one-of-a-kind! Pop in for a taste adventure now at our new store 📍 IOI City Mall, LG-76A. #PlayMadeMY

♬ original sound – Playmade.Malaysia – Playmade.Malaysia

PlayMade diinspirasikan oleh masakan Korea dan trend makanan Asia yang lain. Mereka juga mempunyai menu yang sesuai untuk semua majlis, bermula dari snek untuk bersantai bersama keluarga atau rakan kepada snek ringan semasa dalam perjalanan.

Selain minuman teh, ia terkenal dengan boba yang mempunyai lebih 30 perisa unik termasuk Spicy Mala dan tricolor boba. Mereka juga menggunakan bahan-bahan segar dan bebas pengawet untuk memastikan kualiti produk. Pelanggan boleh menikmati pelbagai pilihan menu di PlayMade termasuk Pink Cactus Soft Serve yang eksklusif.

Sempena pembukaan rasmi kedai pertama mereka di Malaysia, PlayMade menawarkan pelbagai promosi menarik bermula dari 17 hingga 19 November 2023.

Untuk maklumat lanjut tentang PlayMade, tawaran menu kreatif dan butiran promosi pembukaan mereka, boleh lihat follow di Instagram @PlayMade.Malaysia atau di TikTok di @PlayMade.Malaysia.

Baca juga: Penangan Mee Kari Kuah Laksa, Anak Mamat Khalid Realisasikan Di Ah Mat Cafe

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN