karipap sardin simple

Mari buat resipi karipap sardin simple yang dikongsikan oleh Che Pah Che Gu ini. Nampak comel sangat bila dibuat bentuk segi tiga. Mudah nak beza inti sardin atau inti kentang.

Baca juga: Karipap Transparent, Terang Lagi Bersuluh Nampak Isi Dalam, Resipi Viral Wajib Cuba!

Ramai sebenarnya peminat kuih karipap berintikan sardin ini. Ini antara kuih popular untuk dibeli. Cuma kejadian biasa berlaku, nak beli karipap sardin tapi dapat kentang. Mesti ada yang frust.

Ikuti cara-cara penuh di bawah. Selamat mencuba!


RESIPI KARIPAP SARDIN SIMPLE BENTUK SEGI TIGA

karipap sardin simple

Bahan kulit karipap:

Cara-cara membuat kulit:

  1. Panaskan minyak dan mentega. Nak guna margerin dan minyak masak pun boleh.
  2. Tuang ke dalam campuran tepung beras dan gandum. Guna senduk kayu sebatikan macam serbuk roti.
  3. Lepas itu masukkan secawan air dulu. Sebatikan.
  4. Kalau keras tambahkan air lagi. Uli. Perap dalam 30 minit baru guna.

Bahan inti karipap:

  • 2 tin besar sardin
  • 1 biji bawang holland
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 sudu makan lada kisar
  • Sedikit halia
  • 1/2 sudu jus limau 
  • Kulit kayu manis 2 batang

Cara-cara membuat inti: 

  1. Asingkan sos sardin. Hancurkan guna garfu
  2. Bebawang dan halia saya kisar kasar. Tumiskan bersama kayu manis dan cili kisar.
  3. Dah naik bau, masukkan sardin dan perasakan.
  4. Timbang doh dalam 40 gram. Canai membentuk bulatan.
  5. Lipat dua bulatan doh tadi. Kemudian bahagi dua separuh bulatan tadi.
  6. Potong guna lidi. Nak guna belakang pisau pun boleh. Nanti ia jadi macam poket bila dibuka.
  7. Masukkn inti dan kelim macam biasa. Sedia untuk digoreng atau simpan frozen. 

karipap sardin simple


Selamat mencuba.

Sumber: Che Pah Che Gu

Baca juga: Kulit Karipap Daun Sup, Memang Harum Dan Sedap Teksturnya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN