puding jagung kastard

Puding jagung kastard ini sangat manis dan lemak berkrim. Sesuai dihidangkan sebagai kuih atau pencuci mulut untuk minum petang.

Bahan-bahan dan cara penyediaannya juga cukup mudah. Dengan hanya menggunakan 4 bahan, anda sudah boleh menghasilkan puding jagung yang lazat!

Rasanya juga pasti dapat memikat hati seluruh keluarga. Makan satu confirm tak cukup, sekejap saja dah habis licin dimakan.

Baca juga: Resipi Puding Lapis Pandan Santan Yang Lembut & Kurang Manis, Terliurnya!

RESEPI PUDING JAGUNG KASTARD

Bahan-bahan:

  • 1 tin jagung manis cream style
  • ½ tin susu pekat manis
  • 2 ½ tin air
  • 1 tin tepung kastard

Nota: Guna tin yang sama untuk sukat semua bahan.

Cara penyediaan:

1. Satukan semua bahan iaitu jagung manis cream style, susu pekat manis, air dan tepung kastard.

2. Buka api dan kacau sehingga sebati dan menjadi pekat.

3. Tuangkan ke dalam loyang yang sudah disapu sedikit minya. Ratakan dan sejukkan di dalam peti ais.

4. Ia sedia untuk dimakan apabila sudah keras. Lebih baik jika sejukkan semalaman.

5. Selamat mencuba!

puding jagung kastard

Kredit resipi dan gambar: Solehah Wahab

Baca juga: Ada Roti Lebih Jangan Buang, Boleh Buat Puding Roti Karamel Yang Lembut Elok

Baca juga: Resipi Puding Coklat Paling Senang, Kena ‘Lorek’ Dengan Garfu Baru Lapisan Tak Bergerak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN