Mari cuba buat resipi Udang Masak Sambal Kerisik ini. Memang sedap dimakan bersama nasi lemak, nasi minyak dan juga nasi putih. Silap haribulan, boleh bertambah-tambah makan dibuatnya.
Cara memasak adalah dengan menumis dahulu sambal bersama kerisik kemudian baru masukkan udang. Anda juga boleh menyesuaikan tahap kepedasan mengikut selera.
Baca juga: Udang Bakar Madu Menu MUDAH, Sedap Persis Makan Di Restoran Gitu!
Ikuti cara memasak yang dikongsikan oleh Adikfoods ini. Moh lah kite.
RESIPI UDANG MASAK SAMBAL KERISIK
Bahan utama:
- 600gram udang – sudah siang dan dibersihkan
- 1 sdb Serbuk Sup
- 2 ½ cawan cili kisar
- 1 sdb gula
- 1 kiub pati ayam
- ¼ cwn sdb Kerisik Kelapa SunBell
- ⅓ cawan Sos Cili
- ¼ cawan Sos Tomato atau air asam jawa
- 5 biji cili hijau – belah 2
- 1 biji bawang besar – potong bulat
Bahan-bahan kisar:
- 3 ulas bawang putih
- 7 biji bawang merah
- 1 biji bawang besar
- 1 inci Halia
Cara-cara memasak:
1. Kisarkan dahulu bahan-bahan di atas. Kemudian, tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi sehingga naik bau dan aroma.
2. Selepas itu, masukkan rempah sup, sedikit air dan cili kisar.
3. Tumis sehingga ia naik minyak, kemudian masukkan kerisik kelapa.
4. Tambahkan sedikit air kemudian perasakan dengan kiub ayam, gula dan sos cili, sos tomato, garam secukup rasa.
5. Masak sehingga sebati.
6. Masukkan pula udang, dan gaulkan sehingga udang tersebut masak.
7. Masukkan pula bawang besar dan cili hijau. Biarkan masak sekejap kemudian baru tutup api.
8. Dah siap. Sedia untuk dihidangkan di dalam pinggan lauk.
Video penuh:
@adikfoods Moh le buat #Recipe ada di #pinnedcomment Udang Masak Sambal Kerisik #adikfoods #adikfoodsrecipe #fyp #fy #foryou #tiktokmy #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #seafood #cooking #yummyfood #masakansimple #recipe
Selamat mencuba resipi ini.
Sumber: TikTok Adikfoods
Baca juga: Udang Kering Buat Sendiri, LEBIH Terjamin Kebersihannya