pengat labu

Pengat labu sesuai dijadikan menu pencuci mulut untuk minum petang. Cara penyediaannya juga cukup mudah bagi sesiapa yang mahu mencuba.

Menu ini biasanya sering dimasak ketika bulan puasa. Maklumlah, selepas seharian berpuasa mesti teringin nak makan sesuai yang manis.

Namun begitu, sebenarnya manisan ini boleh dimakan pada bila-bila saja. Bukan pada bulan Ramadan sahaja.

Jika ada yang mahu mencuba memasaknya, mari kita ikuti resipi lengkap langkah demi langkah hasil perkongsian oleh Aisyah Humaira di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Sira Labu Berkilat Cara Mudah, Manisan Wajib Kenduri Kahwin Kelantan

RESEPI PENGAT LABU LEMAK MANIS

Bahan-bahan:

  • 1 biji labu saiz sederhana dibuang kulit, biji dan cuci bersih
  • 1 ketul gula melaka atau ikut manis disukai
  • 2 cubit garam
  • 2 kotak kecil santan
  • 4 sudu besar biji sagu
  • 2 helai daun pandan disimpul

Cara-cara:

1. Didihkan air mengikut kuantiti kuah yang diingini. Masukkan labu yang telah dipotong beserta gula melaka dan biji sagu. Masak menggunakan api sederhana sehingga labu separuh empuk (hampir masak)

pengat labu

2. Masukkan santan, garam dan daun pandan. Kacau sebati. Biarkan labu masak dan empuk.

3. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

pengat labu
Kredit resipi dan gambar: Aisyah Humaira

Baca juga: Jom Buat Lepat Labu Inti Kelapa Yang Lembut Dan Sedap, Guna Cara Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN