resepi roti nan

Resepi roti nan perkongsian oleh Farhah Azman ini cukup mudah dan ringkas untuk disediakan. Dalam tempoh masa 45 minit, anda sudah boleh menghasilkan roti nan yang gebu dan lembut elok.

Bukan itu saja, anda boleh meletakkan aneka inti yang disukai seperti inti pisang cheese, peanut butter atau sebagainya.

Jika ada baki roti yang tidak habis dimakan, simpan di dalam peti sejuk. Ketika mahu dipanaskan, renjis dengan sedikit air dan panaskan di dalam oven selama 10 minit. Hasilnya, roti akan kekal lembut dan gebu.

Baca juga: Resipi Roti Paung Terengganu Terlajak Gebu, Uli Doh Guna Tangan Je!

RESEPI ROTI NAN MUDAH DAN RINGKAS

Bahan-bahan:

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • Secubit garam
  • Sesudu besar gula
  • 1 sudu besar yis
  • 2 sudu besar mentega
  • Air suam

Cara-cara:

1. Dalam mangkuk, satukan tepung gandum, garam, gula, yis dan mentega. Gaul rata.

2. Kemudian, tambah air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Pastikan jangan lembik.

3. Kemudian rehatkan doh selama 30 minit.

4. Selepas 3o minit, letakkan apa-apa inti yang disukai. Kemudian leperkan sedikit guna tangan atau penggelegek.

5. Masak atas pan tanpa guna minyak. Sedia untuk dimakan sewaktu masih panas-panas. Selamat mencuba!

resepi roti nan

Kredit resipi dan gambar: Farhah Azman

Baca juga: Buat Sendiri Roti Canai Homemade, Tak Perlu Tebar Tapi Tetap Nipis & Garing

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN