resepi char kuey teow

Resepi char kuey teow ini cukup mudah untuk disediakan. Tak perlu susah-susah rebus dan kisar kulit udang seperti yang orang biasa buat. 

Dengan hanya menggunakan beberapa bahan yang ringkas, anda sudah boleh memasak char kuey teow yang sama sedap seperti makan di kedai.

Resipi ini juga tidak menggunakan sebarang pes sama sekali. Jadi, apa kata jom kita cuba masak untuk makan malam nanti. Confirm puas hati!

Baca juga: Cara Buat Pes Nasi Goreng, Bila Nak Masak Tinggal Masukkan Nasi & Sayur Je!

RESEPI CHAR KUEY TEOW PALING MUDAH

Berikut merupakan perkongsian lengkap oleh Nurhani Yusoff:

“3 tahun kahwin, makan char kuey teow kat kedai je. Sebab pernah cuba buat tak menjadi pun. 

Jadi, saya rajin google resepi dan ejas ikut hidung dan tekak. Terjumpa resepi yang pakai THAI FISH SAUCE ni.

Tak payah nak air rebus udang, blend kulit udang, sos pes char kuey teow laa.. Saya memang spesis tak suka masak step bertingkat tingkat ni.”

Bahan-bahan:

  • Bawang kecik 2 (mayang)
  • Bawang putih 2 (mayang)
  • 1 sudu cili kisar (mengikut tahap kepedasan yang disukai)
  • 1 sudu thai fish sauce 
  • 3 hingga 4 sudu sos tiram
  • 3 hingga 4 sudu sos cili
  • Kicap
  • Gula
  • Sebiji telur
  • 2 genggam kueyteow
  • Taugeh
  • Kucai
  • Udang

Cara-cara:

1. Tumis hirisan bawang kecil dan bawang putih sehingga wangi. Apabila sudah naik bau, masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing dan masak.

2. Seterusnya, masukkan semua sos beserta air, kicap, gula dan telur. Kacau sebati dan biarkan mendidih seketika. Jangan terlalu manis sebab belum masukkan udang.

3. Apabila kuah sudah mencapai tahap kepekatan yang disukai, masukkan kuetiau, tauge, kucai dan udang.

4. Kemudian, apabila udang sudah masak, terus boleh angkat dan hidangkan.

5. Sedia untuk menjamu selera dan selamat mencuba!

resepi char kuey teow

Kredit resipi dan gambar: Nurhani Yusoff

Baca juga: Tomyam Tumis Tanpa Pes Cara Orang Lama, Teringat Zaman Kecil-Kecil Dulu

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN