cara memilih udang

Ramai yang tidak tahu cara memilih udang segar yang betul. Membazir saja jika terbeli yang sudah tidak segar, masak buat lauk pun pasti akan terasa lain!

Walaupun perkara ini nampak remeh, sebenarnya kita tidak boleh ambil mudah kerana udang yang tidak segar boleh menyebabkan keracunan.

Selain itu, udang yang segar juga memainkan peranan terhadap rasa masakan. Udang segar akan lebih manis, isi juga pejal dan tidak mudah hancur.

Baca juga: Tips Simpan Udang Supaya Tahan Lama & Kekal Segar, Isi Pun Tak Lembik!

CARA MEMILIH UDANG SEGAR

1. TEKSTUR PEJAL DAN TAK KECUT

Sekiranya tekstur udang sudah kecut dan tidak pejal, ia bermakna udang tersebut sudah tidak segar. Udang yang segar mempunyai kulit yang pejal dan tidak kering.

2. KULIT TIDAK MUDAH TERTANGGAL

Kulit udang yang masih segar juga tidak akan mudah tertanggal. Jika ia kelihatan hampir tertanggal, udang itu sudah tidak segar lagi.

3. MATA TERJOJOL

Selain dua tanda di atas, udang yang segar mempunyai mata yang terjojol. Sekiranya mata sudah tersepit ke dalam, udang tersebut sudah tidak segar lagi.

4. KEPALA TIDAK HITAM

Kepala udang yang tidak segar akan bertukar kepada gelap. Kelapa udang yang masih segar tidak brwarna gelap.

Kredit: NorbayaDahalan

Baca juga: Nak Tahu Beza Ayam Lama & Baru? Ini 5 Tips Memilih Ayam Segar Di Supermarket Atau Pasar

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN