kuih buah rotan

Kuih buah rotan merupakan sejenis jajan, biskut atau kudapan tradisional orang Malaysia. Bahan utama untuk membuatnya adalah tepung pulut dan telur.

Doh yang terhasil dari bahan tersebut lalu dibentuk bulat dan disalut dengan bijan sebelum digoreng dengan minyak menggunakan api perlahan.

Untuk mengekalkan tradisini nenek moyang kita, apa kata sama-sama belajar cara membuat kuih buah rotan menggunakan resipi perkongsian oleh Atika Russhel Rich di bawah.

Baca juga: Resipi Kuih Kasturi, Ikut Petua Ini Supaya Kuih Rangup & Tak Liat Walaupun Sejuk!

RESEPI KUIH BUAH ROTAN

Bahan-bahan A:

Bahan-bahan lain:

Cara-cara:

1. Kisar semua bahan-bahan A sehingga kembang.

2. Kemudian masukkan bahan kisar ke dalam mangkuk yang berisi tepung pulut.

3. Tambah air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk.

4. Cubit sedikit doh dan gentel-gentel kecil seperti saiz telur cicak.

kuih buah rotan

5. Kemudian golekkan dalam bijan.

6. Sedia untuk digoreng menggunakan api perlahan. Balik-balikkan dan tos.

kuih buah rotan

Nota:

  • Bulatkan paling kecil kerana apabila digoreng nanti doh akan kembang
  • Jangan bulat besar kerana nanti akan mengembang dan tidak rangup
  • Pastikan adunan lembap supaya bijan melekat elok
  • Gentel guna tapak tangan atau hujung jari (basuh tangan apabila tepung kering, nanti bijan tak melekat pada buah rotan)
  • Uli memanjang kalau nak cepat, kemudian baru cubit hujung dan bulatkan
  • Semasa sedang menggoeng, biar masak sebelah dahulu, kemudian baru gaulkan
  • Goreng menggunakan api perlahan supaya buah rotan masak dari dalam dan tidak meletup
  • Kalau adunan belum habis digentel, boleh simpan dalam chiller dan guna keesokan harinya

Kredit resipi dan gambar: Atika Russhel Rich, Puteri Mariah Adlyy

Baca juga: Tips Permukaan Kuih Lapis Licin Sempurna, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN