Kuih bunga pudak merupakan kuih tradisional masyarakat di negeri Kedah Darul Aman. Kuih bunga pudak dinamakan sempena warna bunga pokok pundak. Kuih yang berinti kelapa ini juga sangat enak dimakan ketika panas.
Orang yang tinggal di luar kawasan Kedah kemungkinan tidak mengenali atau tidak tahu cara untuk membuatnya. Malah kuih ini juga boleh dikatakan agak sukar didapati dan tidak ramai yang memiliki kemahiran untuk menyediakannya.
Oleh itu, apa kata kita mempelajari cara membuatnya agar kuih tradisional ini tidak hilang ditelan dek zaman. Mari ikuti resipi perkongsian oleh Nurul Shuhaida di bawah.
Baca juga: Resipi Asli Turun-Temurun, Ini Cara Buat Kuih Cecemek Tradisional Perak
CARA BUAT KUIH BUNGA PUDAK
Bahan-bahan inti:
- 1 biji kelapa parut putih
- 240gm gula
- Garam secukup rasa
- Perasa ros secukupnya
- Pewarna merah secukupnya
- Pewarna hijau secukupnya
Bahan-bahan kulit:
- 240gm tepung pulut
- 250ml air (zaza buat dalam 150ml je)
- 1 sudu teh garam halus
Cara-cara:
1. Untuk membuat bahan inti, bahagikan adunan kepada dua warna. Satukan bahan mengikut warna tersebut dan gaul sebati.
2. Kemudian sangai di atas api sederhana. Kacau sehingga kering. Ketepikan.
4. Setelah itu, panaskan kuali leper dengan api sederhana panas.
5. Masukkan satu sudu makan adunan tepung ke dalam penapis dan ayak adunan menjadi bentuk bulat.
6. Seterusnya sudu inti di tengahnya dan lipat menjadi bentuk empat segi. Biarkan seketika dan barulah diangkat.
7. Akhir sekali, ulangi proses sehingga adunan habis.
8. Siap untuk dihidang. Selamat mencuba!
Kredit: Nur Shuhaida, Sis Eiyla
Baca juga: Cara Buat Kuih Tepung Bunga Guna 4 Bahan, Kuih Tradisional Kegemaran Ramai