ayam ketumbar

Mari cuba buat Ayam Ketumbar cara mudah ini. Mungkin ada lagi yang belum pernah dengar tentang masakan ini.

Tapi pernah viral dulu sebab resipi ini asalnya dari Raja Permaisuri Agong. Cuma masakan yang diperkenalkannya ialah daging masak ketumbar. Kali ini boleh cuba masak dengan ayam pula.

Baca juga: Ayam Goreng Ketumbar, Memang Sedap, Wangi Dan Rangup Krup Krap!

Anak-anak pun lagi gemarkan ayam. Masakan ini yang buatkan ia sedap ialah kepelbagaian bahan-bahan rempah yang ditumis di awal masakan. Fuh, memang harum semerbak jadinya bila bahan tumis terus dijadikan kuah seladak.

Ikuti resipi yang dikongsikan oleh Latifah Othman ini. Menurut beliau, resipi ini diturunkan dari arwah bapa saudaranya. Tidaklah sukar mana. Yang penting kena cukup bahan rempah supaya berasa.


RESIPI AYAM KETUMBAR CARA ARWAH BAPA SAUDARA

Ayam ketumbar. Antara menu yang tak pernah jemu. Boleh juga makan dengan capati. Kredit resipi dari arwah bapa sedara, Semoga pahala mengalir padanya.

Bahan-bahan :

  • 20 tangkai cili kering
  • 2 labu bawang besar
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • Sebesar tapak tangan halia yang betul-betul muda
  • 1 ekor ayam 
  • 3 ketul kentang
  • Daun ketumbar

Cara-cara memasak:

1. Kisar cili kering dan serbuk kari kemudian tumis sehingga garing.

2. Masukan bawang dan halia yang di blend. Masak lagi sampai pecah minyak.

3. Masukan ayam, kacau sekejap kemudian masukan air. Agak-agak tak pekat dan tak cair. Sedang-sedang saja. Masukan kentang.

4. Bila kentang dah empuk masukan hirisan daun ketumbar dan garam.

5. Dah siap boleh padamkan api. Sedia untuk dihidangkan.


Selamat mencuba resipi Ayam Ketumbar ini.

Sumber: Latifah Othman

Baca juga: Ayam Masak Asam Kunyit, Makan Hari-hari Pun Tak Jemu

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN